Spina Bifida | Alfateh Vitahome

Spina bifida. Apakah puncanya? Perkataan yang jarang didengari. Pernahkah anda jumpa keadaan ini? Atau mungkin berpengalaman melaluinya sendiri.

Apakah Spina bifida?



Tapi ia biasa di negara luar seperti US kerana terdapat banyak kes Spina bifida di negara ini.

Spina bifida ini adalah keadaan yang berlaku pada bayi, semasa tumbesarannya, tiub saraf tidak tertutup sepenuhnya. Jadi, saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf - saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ia boleh menimbulkan isu dari segi mental dan fizikal. Dalam bahasa yang mudah difahami, ia dipanggil sumbing tulang belakang

Di Malaysia, kes ini ada.
Tetapi jarang ditemui kerana sepanjang tempoh kehamilan, para ibu hamil telah dibekalkan dengan suplemen asid folik bagi tujuan mencegah berlakunya Spina bifida ini.

Ada 3 jenis Spina Bifida.

1. Spina bifida okulta (tersembunyi). Kategori ini adalah kategori yang sering dijumpai. Dalam Spina bifida okulta, wujudnya ruang yang sempit (ukuran jaraknya kecil) di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang alami Spina bifida kategori ini mempunyai tanda dan gejala yang ringan sahaja dan ada juga segelintir yang tiada tanda langsung sehingga mereka tidak sedar yang mereka ada masalah ini.

2. Mielomeningosele adalah jenis Spina bifida yang agak serius. Bagi jenis ini, terdapat satu benjolan yang dinamakan sista atau pundi yang diselaputi kulit dan biasanya boleh dilihat di bahagian belakang badan. Sista tersebut mengandungi tisu dan saraf, tetapi saraf tunjangnya rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagi mereka yang menghidap Spina bifida jenis ini, biasanya mengalami kerosakan saraf atau lumpuh pada beberapa bahagian tertentu, bergantung kepada kedudukan sista. Mereka juga berkemungkinan tidak mampu berjalan dan ada juga yang tidak mampu mengawal kencing.

Terdapat juga kanak - kanak yang mengalami Spina bifida jenis ini turut sama mempunyai hidrocefalus, yang mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam peredaran darah. Terdapat beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, dan ini menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang wujud mengakibatkan otak menjadi lebih mampat.

3. Spina bifida meningosele adalah kategori yang kurang serius berbanding mielomeningosele dan jenis ini juga jarang sekali berlaku. Dalam Spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.



Bolehkah Spina bifida dikesan awal?
Sangat boleh iaitu melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan kehamilan rutin di klinik atau hospital, atau melalui ujian darah.

Apakah rawatan untuk Spina bifida?
Cara merawatnya bergantung kepada tahap keterukan. Bagi bayi yang mengalami Spina bifida jenis yang teruk, pembedahan perlu dilakukan dalam masa dua hari  selepas dilahirkan untuk tujuan membetulkan jarak antara vertebra. Tapi ada juga sesetengah doktor tidak melakukan pembedahan. Sebaliknya membiarkan ia sembuh dengan sendiri.

Terdapat sesetengah bayi yang berjaya dibedah semasa di dalam rahim lagi. Namun pembedahan jenis ini masih jarang dilakukan. Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub bagi tujuan mengeluarkan lebihan cecair.

Bolehkah Spina bifida dicegah?

Ya.

Risiko bayi yang menghidap Spina bifida ini boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mengandungi 400 microgram asid folik. Seeloknya ia mula diambil dari tempoh anda merancang untuk hamil sehinggalah usia kehamilan mencecah 3 bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang ambil suplemen berisiko untuk melahirkan bayi dengan Spina bifida, berbanding wanita yang ambil suplemen asid folik.

Pil asid folik biasanya dibekalkan dari klinik - klinik atau hospital semasa pemeriksaan ibu mengandung. Biasanya doctor atau jururawat yang memeriksa akan pastikan para ibu ambil suplemen ini dengan tujuan untuk  mencegah Spina bifida ini.



xoxo

0 comments:

Post a Comment