Kurus Dengan Detoks | Alfateh Vitahome




Ibu.. Nape muka ibu lain mcm tu? (Sambil pegang pipi ibu)
Nape? Lain mcmana?

Ni pipi ibu mcm ni, jadi kecik. Nape?
(Ibu dah senyum kembang dalam hati)
Entah kakak, kakak tengok cantik tak?

Ha ah, cantik. Ibu dah kurus eh?
Hahahahahahhaahhahahahhahaha..

Tu je mampu ibu respon, kakak.
Ni baru detox ala2 je.

Kalau betul2 lepas ni harap2 cecah la 55-60kgšŸ˜

=============================

Saya sebenarnya memang tak sabar nak buat detox. Cuma belum cukup bahan. Lagipun kesian tengok Mr.Husband langsung belum rehat sejak kami sampai dari kampung. Semua kerja dia ambil alih sementara bagi maktang ni rehat puas2 šŸ˜.

Alfalfa 
Herblax
Peppermint ginger plus
Vivix

Dah sedia untuk detox nanti.
Dtx je kena beli lagi sebab dah habis stok.

Ada tak kawan2 atau pembaca setia saya ni nak join detox kami?
Jom. Selain buang toksin, ramai yg dapat bonus berdetox, iaitu MAKIN KURUS!

Jom kita detox sama2. 

xoxo
Continue Reading

Cemburu



Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: 

“Tidak boleh cemburu melainkan dalam dua perkara iaitu: 

Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari




Continue Reading

Keluarga Bahagia Idaman Semua | Alfateh Vitahome

Keluarga bahagia idaman semua.
Sama seperti saya.

Tapi adakah anda bahagia.

Pernahkah anda menengking anak anda?
Sebelum ini setiap hari pendek kata ada macam singa ada macam tarzan.
Ada je kerenah anak2 yang buat saya terjerit-jerit dengan harapan dia faham dan berhenti buat sesuatu yang dimarah.

Tapi budak, nama pun budak2, mereka masih belum mengerti.
Ada yang mereka faham dan boleh terima tetapi sebagai ibu bapa kita kena terangkan pada mereka dalam bahasa yang mudah.

Why don't?!
Why can't?!

Saya yakin kanak2 yang cerdik akan faham dan boleh terima mesej yang disampaikan.

Lebih2 lagi kalau dah berumur 4 tahun ke atas.
Tambah lagi macam anak2 saya, makan Omega Guard, suplemen untuk minda kanak2, menggalakkan sel2 otak berhubung.
Memang mudah menerangkan sesuatu kepada mereka.

Tapi sekarang memang saya menyesal sebab selalu menengking anak2.

Kesan yang dapat saya lihat sekarang, si kakak dah makin kerap marah dan tengking adik.
Cumanya yang menyentuh hati saya sebagai seorang ibu, kakak akan peluk adik dia bila adik menangis lepas kena marah ngan kakak.

Sebenarnya itu amalan saya setelah saya marahkan si kakak. 
Saya selalunya terangkan kenapa saya marah dengan harapan dia faham dan takkan ulangi perkara itu lagi.

Prof. Muhaya ada berkata, sikap anak2 mencerminkan sikap ibu bapa.
Kalau kita tengok anak kita baik atau tidak, itulah kita.
Anak2 akan meniru perbuatan ibu bapa.

Jadi, kesimpulannya yang mampu saya simpulkan, tunjukkan contoh yang baik kepada anak2.

Mereka ibarat kain putih dan kita yang mencorakkannya.

Saya,
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang jururawat kepada keluarga.
Seorang akauntan keluarga.
Seorang pengadil pada anak2.
Seorang tukang masak dalam keluarga.
Dan banyak lagi jawatan dalam rumah yang saya pegang.

Namun, saya juga wanita bekerjaya, dan seorang peniaga.
Tiada alasan untuk mendidik anak, meluangkan masa berkualiti dengan anak2.




Jadikan ibu bapa kita sebagai contoh kita mendidik anak2 kita pula.

Selamat malam.

xoxo

Continue Reading

Testimoni Set Imun | Alfateh Vitahome

Hari Rabu hari tu, adik dah mula tunjukkan tanda & gejala akan kena demam selsema. 

Keesokannya khamis, ibu terpaksa hantar adik ke rumah pengasuh juga sebab ibu kena ke hospital.

Petang tu sebelum ambil adik, pengasuh dah bagitau adik demam, lesu je.

Pada malamnya, ibu bagi adik ubat demam, sirap paracetamol supaya demam makin surut. Alhamdulillah sekali tu je badan dia panas.

Hari ni pun adik dah tak demam.

Tapi.

Adik terpaksa ibu bawak mai ofis hari ni.
Asingkan daripada kanak2 lain yg sebab tak nak berjangkit ke semua orang.




Tambah plak dia dah beransur baik.
Semalam bagi ubat demam sekali je.


Lepas tu continue dengan omega guard dan vit c je.





Alhamdulillah pagi ni segala lendir yang ada keluar dah.

Tanda2 akan sihat dah ada.
Alhamdulillah berjaya meminimakan penggunaan ubat.

Ini adalah cara saya untuk pastikan anak saya sihat dan kekal sihat.
Pemberian suplemen adalah penting disebabkan beberapa faktor.

Salah satunya pemakanan anak - anak sendiri.
Kebanyakan kanak - kanak tidak gemar makan sayur dan buah - buahan.
Malah, ayam ikan pun ada yang enggan makan.

Lebih parah yang picky eater ni.

Penyelesaian selepas memberi mereka makanan berat utama seperti nasi, adalah pemberian suplemen.
Mereka dalam proses tumbesaran.

Mereka memerlukan banyak vitamin dan mineral.
Mereka memerlukan kalsium yang cukup untuk pertumbuhan tulang, gigi yang sihat dan kuat.

Mereka memerlukan protein yang banyak memandangkan bayi dan kanak - kanak, sel di dalam badan mereka menjalani proses pembaharuan sekali dalam 28 hari. Itu sebabnya kulit mereka sangat gebu dan licin bersih berbanding kulit orang dewasa.

Mana nak datang semua nutrien tu kalau mereka makan pun memilih atau tak nak makan langsung?

Sedarlah wahai ibu bapa, anak - anak anda perlukan makanan tambahan atau suplemen ni.

Buanglah mentaliti suplemen untuk orang yang sakit.
Bila dah sakit, ubat yang perlu dimakan.

xoxo

Pesanan dari seorang ibu anak 3.
Pengasas Alfateh Vitahome.

Continue Reading

Kuruskan Badan Kurus Cepat | Alfateh Vitahome

Semenjak 2 menjak ni ramai yang mula kenal dengan Lecithin ni.
Selalunya lecithin ni digunakan dalan industry makanan sebagai penstabil.
Tetapi, sekarang ini Lecithin dalam bentuk suplemen makin dikenali untuk kurus, untuk kuatkan memori mahupun kesihatan kardio atau jantung.

Dalam bidang perubatan, Lecithin memang digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan seperti Alzheimer (orang kita panggil nyanyuk), rawat masalah hati, buah pinggang, rawat masalah kolesterol tinggi, dan juga masalah kulit iaitu eczema.





Ada juga yang sapu Lecithin pada kulit sebagai pelembap.
Iya, sememangnya ia berkesan.

Jom kita lihat apakah fungsi2 Lecithin ni sebenarnya.
Dan sudah tentu ada banyak fungsinya.

1. Pecahkan lemak > buang lemak > KURUS!





Lecithin ni sebatian yang bersifat lemak juga sebenarnya. Cuba kita tengok air. Bayangkan air putih atau air masak tu dalam 1 gelas. Bila kita titikkan pewarna sirap merah ke dalam gelas tu dan dikacau, kita akan lihat keseluruhan air dalam gelas tu bertukar warna merah. Air masak tadi telah melarutkan pewarna tadi.

Lain pula jika gelas tadi kita titikkan beberapa titik minyak masak. Ia langsung tidak bercampur malah minyak tersebut akan terapung di permukaan air. Ini kerana sifat air dan minyak tidak sama.

Jadi, apabila Lecithin ni bersifat seperti lemak, ia mampu menguraikan, memecahkan lemak2 (melarutkan) dan memegangnya dengan mengapungkannya dan mengelakkan lemak tersebut melekat pada dinding membrane. Jika tidak, lemak-lemak tersebut akan menebal dan akan meningkatkan BERAT badan anda.

Begitulah ia bertindak. Jadi, jika nak kurus, makanlah Lecithin ya.

Siap dengan kolesterol, trigliserida sekali semua dia sapu, larutkan. Jadi, salur darah anda juga akan makin sihat, kolesterol makin berkurang. Di sini, Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.


2. Perkembangan minda, kuatkan memori.

Lecithin ditukarkan kepada asetilkolina, suatu sebatian yang mengangkut impuls saraf. Pernah tengok kan iklan susu formula kat tv tu cakap "bila sel-sel otak berhubung". Inilah yang bekerja sebenarnya. Suatu benda nak bergerak mesti ada kenderaan atau pengangkutan nak angkut. Itulah fungsinya. Jadi, kalau tak cukup asetilkolina ni, macamana sel-sel otak ni nak berhubung. Betul tak?

3. Melindungi organ hati.

Lemak boleh terenap di mana-mana bahagian dalam badan termasuklah organ hati. Lecithin mampu menghalangnya dari berlaku di samping membantu memulihkan kesihatan hati.

4. Masalah batu karang.

Salah satu punca berlakunya batu karang adalah disebabkan oleh tingginya kandungan kolesterol dalam darah. Memandangkan Lecithin ni mampu kurangkan kolesterol dalam darah, maka risiko untuk berlakunya masalah batu karang adalah berkurang. Best kan?

5. Atasi Alergi.

Lecithin juga "bersahabat baik" dengan system imun dalam badan kita. Lecithin membalut sel darah merah demi mengelakkan dari serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit seperti bakteria, atau virus.

6. Vitamin Larut Lemak A,D,E,K.

Kesemua vitamin ini adalah vitamin larut lemak. Maka, ia memerlukan lemak untuk melarutnya. Di sini, Lecithin memainkan peranan untuk memudahkan penyerapan ke dalam badan.

7. Pelincir sendi.

Lecithin juga bertindak sebagai pelincir pada sendi. Semakin meningkat umur, semakin berkurang kuantiti pelincir. Oleh yang demikian, pentingnya pengambilan Lecithin yang mencukupi untuk mempunyai sendi yang sihat bagi memudahkan pergerakan.

8. Kecantikan KULIT & RAMBUT.

Lecithin perlu untuk dapatkan kulit yang sihat dan lembap. Ia juga perlu untuk menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat.

Daripada sebahagian fungsi Lecithin ini, pastinya kita akan rasa badan kita sangat memerlukan Lecithin ni. Tambahan pula dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat, makanan yang kurang berkhasiat (banyak makanan segera yang mungkin tinggal hanya 10% khasiat, hanya kenyang yang dapat bila makan tu..huhu..)

Ada fakta yang menyatakan jika nak kurus, kena ambil lebih kurang 4000mg Lecithin sehari. Ditambah lagi dengan senaman, amalkan makanan yang diet seimbang, pasti anda akan dapat berat badan yang diimpikan selama ni. Kalau yang ada masalah kolesterol, boleh ambil sehingga 7000mg sehari. Pastikan minum air secukupnya supaya ia dapat berfungsi sepenuhnya, memudahkan penyerapan.

 DUIT BOLEH DICARI, NAMUN KESIHATAN TIDAK BOLEH DIBELI.

Berminat nak cuba Lecithin?

Klik sini.



Continue Reading

Tips Kurus Wanita | Alfateh Vitahome

Menjadi idaman setiap wanita lebih - lebih lagi yang dah beranak - pinak tu, untuk kurus.



Wanita dah berkahwin ni sangat mudah naik berat badan.







Banyak factor sebenarnya.




Yang paling ketara adalah disebabkan perubahan hormon.




Bila hormon berubah, kadar metabolisme juga berubah iaitu semakin menurun.




Bila kadar metabolisme dah mula menurun, berat badan mudah naik bila makan tidak dikawal. 




Biasalah mak - mak ni selalunya jadi "tong sampah" sebab habiskan nasi anak - anak atau habiskan lauk yang tinggal sikit, alang - alang nak simpan.








Nak dibuang tak baik membazir.




Betul tak mommies semua?




Jadi, kalian Nampak tak di sini apa punca kepada masalah kegemukan di kalangan mak - mak ni.




Kalau ibu - ibu menyusu tu lagilah.




Asyik nak makan je, sebab asyik lapar.




Ibu menyusu memang macam tu sebab kita nak supply khasiat untuk 2 orang.




Tambah pula, bila menyusu ni kalori pun dibakar.




Jadi, cepatla lapar bila dah habis kalori dibakar dari makanan yang dimakan pada sebelumnya.




Jadi, kalau nak KURUS, 2 perkara yang perlu diambil perhatian iaitu:




1. HORMON

2. KADAR METABOLISME



Hormon perlu distabilkan manakala kadar metabolisme perlu ditingkatkan.



Ini sahaja coretan saya pada kali ni.


Akan bersambung di sesi penulisan saya yang seterusnya ya.


Ini pun berebut dengan anak - anak nak tengok kartun. Ha ah, diorang belum tidur sebab diorang baru bangun tidur pukul 11 malam tadi. (itu yang ahkak ni mcm mata panda sebab selalu berjaga malam jaga diorang lambat tidur..huhu..)




Kurus dengan sihat ya.

xoxo

Continue Reading

Youth Perfecting Skin Toner | Alfateh Vitahome

Kulit kusam? Kulit tak berseri?Itu tandanya kulit anda tidak cukup nutrisi, sel - sel kulit mati tidak dibersihkan dengan sempurna.





Tahukah anda, sel - sel kulit anda diperbaharui berapa kali sehari, sebulan, setahun?

Setiap sel dalam badan manusia biasanya diperbaharui 28 hari, sekali. Tapi ianya lebih cepat bagi bayi dan kanak - kanak dan makin perlahan. 

Jadi, dalam sebulan ada ke korang bersihkan wajah dengan menanggalkan sel - sel kulit mati?

Lepas cuci muka tu ada ke bersihkan dengan toner. 
Maaf cakap, ada beberapa produk penjagaan wajah yang tiada toner.

Katanya tak perlu. 
Habis tu, sel - sel kulit mati tu macam mana nak bersihkan?

Di sinilah toner sangat penting kerana fungsinya adalah untuk menanggalkan sel - sel kulit mati. 

Youth Perfecting Skin Toner akan menjadikan kulit anda lebih licin, lebih lembap dan terpelihara dari sel - sel kulit mati yang merupakan punca kepada masalah kulit kusam. Ia juga akan bebaskan kulit wajah anda dari segala pencemaran dari persekitaran. 

Seterusnya menjadikan kulit anda makin berseri.




Kandungan Youth Perfecting Skin Toner

1. Vital Repair 
2. Muscadine Grape Extract
3. Green Algae Complex

Cara guna:

Sapu menggunakan cotton ball atau kapas muka secara lembut setiap kali selepas menggunakan Youth Luminous Gel Oil Cleanser 

Eh korang tau ke yang Youth ni ambik masa 8 tahun dalam penyelidikan. Kaji dan kaji dulu sebelum dikeluarkan untuk pastikan produk betul - betul berkualiti, selamat dan dijamin berkesan.


Sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT kerana ia memang dicipta untuk semua jenis kulit.

Berminat nak cuba Youth?
Klik sini.



Continue Reading