Kesan Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

Akibat dari kulit berminyak, munculnya jerawat. Itulah masalah utama kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak. Tapi, tahukah anda bahawa kulit berminyak juga ada kebaikannya. Kulit berminyak itu tidak salah. Tetapi kulit yang terlalu berminyak tidak menyelesakan. Anda setuju?

Tidak mengapa. Untuk menenangkan hati anda, saya akan beritahu, apakah kesan kulit berminyak kepada kita dari sudut positif. Ada banyak, dan di antaranya adalah:

1. Melindungi kulit. Kulit kita adalah merupakan organ terbesar dalam badan manusia. Sebum (minyak) yang dihasilkan dari kulit bertindak seperti perisai untuk menentang pencemaran dari persekitaran dan membekalkan beberapa nutrien. Adakah ini kesan kulit berminyak yang menggembirakan bukan?

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Menurut seorang pakar kulit, Dr. Jeannaette Graf, sebum mengandungi Vitamin E yang merupakan bersifat antioksidan dan ia berfungsi untuk menghalang kerosakan akibat radikal bebas. Malah, antioksidan ini juga mampu mencegah penyakit salur darah dan termasuklah kanser dan Alzheimer.

2. Pelindung dari sinaran cahaya matahari. Biasanya kalau nak ke pantai, atau atlet yang bersukan di bawah cahaya matahari akan gunakan krim sunblock sebagai pelindung. Tapi bagi orang yang kulit jenis berminyak, ini merupakan satu kelebihan.

Tapi ini tidak bermakna anda boleh dengan sesuka hati dedahkan kulit kepada cahaya matahari. Anda cuma perlu pakai pelindung tetapi pada kadar SPF yang lebih ringan, untuk mencegah pori tersumbat.

3. Melambatkan penuaan. Iya. Orang yang mempunyai kulit berminyak akan lambat tua. Sebabnya, kulit mereka terlindung oleh lapisan sebum itu sendiri. Jadi, kulit lambat rosak. Tapi anda masih tetap perlu makan makanan berkhasiat untuk melambatkan penuaan sebab masih terdapat banyak lagi faktor penuaan yang lain. Kesan kulit berminyak ini membuatkan ramai wanita akan senyum lebar.

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Tidaklah terlalu risau dan rimas memikirkan keadaan kulit itu kan?

4. Kurang keradangan maka kurang kedutan. Nutrisi yang terkandung dalam sebum memberikan kesan keradangan yang rendah. Memandangkan kedutan pada kulit berkait dengan keradangan, apabila keradangan berkurangan, maka kedutan pada kulit juga berkurangan. Malah kulit akan nampak muda, segar dan berseri.

5. Kulit kekal terhidrat. Air dan sebum (minyak) tidak bercampur. Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti di luar bangunan,pastinya akan kerap berpeluh dan akan mengakibatkan badan boleh kekurangan air (terhidrat). Tetapi, bagi orang yang jenis kulit berminyak, kadar terhidrat ini adalah berkurangan dengan orang jenis kulit biasa kerana sebum ini bertindak membentuk suatu lapisan yang berfungsi untuk mengurangkan terhidrat.

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Apa yang boleh disimpulkan di sini, kulit berminyak tidak semestinya akan memberi kesan buruk kepada manusia. Namun, jika kulit terlalu berminyak, sebum dihasilkan berlebihan, barulah ia akan memudaratkan.

Sila kongsi jika bermanfaat.

XOXO.


0 comments:

Post a Comment