Larangan Merokok | Alfateh Vitahome

Tahukah anda senarai kawasan larangan merokok? Tempat - tempat di mana merokok adalah dilarang!


Isu larangan merokok bukannya isu baru. Tapi setiap kali topik ini mula dibincangkan, ramai yang menyokong dan ramai yang membantah.


Yang membantah tentang larangan merokok ni sah sah la mereka yang merokok. Pihak yang tidak merokok ni akan menyokong tentang larangan merokok.



Saya sendiri menyokong tentang larangan merokok. Pada awal pengumuman tentang larangan merokok di premis makanan, saya terasa bagaikan pihak kerajaan mendengar keluhan kami bukan perokok. Saya dapat bayangkan persekitaran kedai makan yang tenang tanpa bau asap rokok.



Tapi dalam masa yang sama, golongan perokok ini membantah kerana di kedai makanlah tempat mereka nak merokok selepas makan. Ada juga pihak memberitahu, para pengusaha kedai makan juga mengeluh, terutamanya kedai tumpuan anak - anak muda lepak minum sambil gunakan wifi di kedai tersebut. Hal ini disebabkan kerana pelanggan mereka berkurang kerana tidak boleh lepak sambil minum dan merokok.



Tapi tahukah anda banyak lagi tempat yang merupakan kawasan dilarang merokok selain hospital, klinik atau pejabat kerajaan?



Jom tengok senarai di bawah.

Semua ni adalah kawasan larangan merokok. Mana - mana individu yang dikesan dan ditangkap merokok di kawasan - kawasan ni akan dikenakan kompaun.


Ianya telah termaktub di bawah Peraturan 11, Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.



Berikut adalah senarai kawasan larangan merokok.



(a) di dalam mana - mana pusat hiburan atau teater kecuali mana - mana pub, disko, kelab malam atau kasino pada bila - bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.



(b) di dalam mana - mana hospital atau klinik; 



(c) di dalam mana - mana lif atau tandas awam; 



(d) di dalam mana - mana tempat makan atau kedai berhawa dingin: 



(e) di dalam mana - mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam; 



(f) di dalam mana - mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22: 



(g) di dalam mana - mana lapangan terbang; 



(h) di dalam mana - mana premis kerajaan; 



(i) di mana - mana kawasan yang digunakan bagi apa - apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian: 



(j) di mana - mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi; 



(k) di mana - mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak - kanak; 



(I) di dalam mana - mana bas sekolah; 



(m) di mana - mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; 



(n) di dalam mana - mana kompleks membeli - belah; 



(o) di mana - mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak; 



(p) di mana - mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium; 



(q) di dalam mana - mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan; 



(r) di mana - mana kawasan di dalam suatu perpustakaan; atau 



(si di mana - rnana kawasan di dalam suatu kafe internet. 






Ok, ini sebahagian ya. Pindaan terbaru ada ditambah lagi kawasan larangan merokok seperti kem PLKN, hentian rawat dan rehat, dan termasuklah mana - mana premis makanan.



Apa akan berlaku sekiranya anda ditangkap merokok (dalam keadaan rokok menyala, tidak terpakai jika rokok belum dinyalakan atau padam) ? 



Anda akan diberikan satu notis. Notis tersebut merupakan makluman kepada kesalahan yang telah dibuat dan apa yang perlu dibuat setelah menerima notis tersebut.



Apa yang perlu dibuat? Perlu bayar kompaun dalam masa sebulan. Minimum RM250, maksimum RM10 000. Sekiranya tak bayar kompaun, kena hadir ke mahkamah. Kalau tak hadir mahkamah, anda akan terima saman atau polis akan cari anda bersama waran tangkap.



Apabila terima saman atau waran tangkap, wajib hadir ke mahkamah. Di mahkamah akan dijatuhkan hukuman sama ada denda atau penjara atau kedua - duanya sekali. Tak berbaloi tau, akibat sebatang rokok kena naik mahkamah. Bila jatuh hukum di mahkamah, denda pun akan jadi lagi tinggi berbanding nilai kompaun hanya RM250 tadi.



Tak mampu bayar denda, terpaksalah menginap di hotel percuma.



Nasihat saya, jika anda ditangkap atas kesalahan merokok di kawasan larangan merokok, bayar ajelah kompaun tu. Nak bayar kat mana? Bayar di mana - mana pejabat kesihatan daerah.



LAGI BAGUS kalau berhenti terus merokok. Tiada faedahnya langsung. Kerja penat - penat dapat gaji tapi bakar balik duit tu dalam bentuk benda lain. Tak ke rugi namanya?



xoxo



Pesanan Khidmat Masyarakat,

Pengasas Alfateh Vitahome.



0 comments:

Post a Comment