Semenjak 2 menjak ni ramai yang mula kenal dengan Lecithin ni.
Selalunya lecithin ni digunakan dalan industry makanan sebagai penstabil.
Tetapi, sekarang ini Lecithin dalam bentuk suplemen makin dikenali untuk
kurus, untuk kuatkan memori mahupun kesihatan kardio atau jantung.
Dalam bidang perubatan, Lecithin memang digunakan untuk merawat beberapa
masalah kesihatan seperti Alzheimer (orang kita panggil nyanyuk), rawat
masalah hati, buah pinggang, rawat masalah kolesterol tinggi, dan juga
masalah kulit iaitu eczema.
Ada juga yang sapu Lecithin pada kulit sebagai pelembap.
Iya, sememangnya ia berkesan.
Jom kita lihat apakah fungsi2 Lecithin ni sebenarnya.
Dan sudah tentu ada banyak fungsinya.
1. Pecahkan lemak > buang lemak > KURUS!
Lecithin ni sebatian yang bersifat lemak juga sebenarnya. Cuba kita
tengok air. Bayangkan air putih atau air masak tu dalam 1 gelas. Bila
kita titikkan pewarna sirap merah ke dalam gelas tu dan dikacau, kita
akan lihat keseluruhan air dalam gelas tu bertukar warna merah. Air
masak tadi telah melarutkan pewarna tadi.
Lain pula jika gelas tadi kita titikkan beberapa titik minyak masak. Ia
langsung tidak bercampur malah minyak tersebut akan terapung di
permukaan air. Ini kerana sifat air dan minyak tidak sama.
Jadi, apabila Lecithin ni bersifat seperti lemak, ia mampu menguraikan,
memecahkan lemak2 (melarutkan) dan memegangnya dengan mengapungkannya
dan mengelakkan lemak tersebut melekat pada dinding membrane. Jika
tidak, lemak-lemak tersebut akan menebal dan akan meningkatkan BERAT
badan anda.
Begitulah ia bertindak. Jadi, jika nak kurus, makanlah Lecithin ya.
Siap dengan kolesterol, trigliserida sekali semua dia sapu, larutkan.
Jadi, salur darah anda juga akan makin sihat, kolesterol makin
berkurang. Di sini, Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.
2. Perkembangan minda, kuatkan memori.
Lecithin ditukarkan kepada asetilkolina, suatu sebatian yang mengangkut
impuls saraf. Pernah tengok kan iklan susu formula kat tv tu cakap "bila
sel-sel otak berhubung". Inilah yang bekerja sebenarnya. Suatu benda
nak bergerak mesti ada kenderaan atau pengangkutan nak angkut. Itulah
fungsinya. Jadi, kalau tak cukup asetilkolina ni, macamana sel-sel otak
ni nak berhubung. Betul tak?
3. Melindungi organ hati.
Lemak boleh terenap di mana-mana bahagian dalam badan termasuklah organ
hati. Lecithin mampu menghalangnya dari berlaku di samping membantu
memulihkan kesihatan hati.
4. Masalah batu karang.
Salah satu punca berlakunya batu karang adalah disebabkan oleh tingginya
kandungan kolesterol dalam darah. Memandangkan Lecithin ni mampu
kurangkan kolesterol dalam darah, maka risiko untuk berlakunya masalah
batu karang adalah berkurang. Best kan?
5. Atasi Alergi.
Lecithin juga "bersahabat baik" dengan system imun dalam badan kita.
Lecithin membalut sel darah merah demi mengelakkan dari serangan
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit seperti bakteria, atau virus.
6. Vitamin Larut Lemak A,D,E,K.
Kesemua vitamin ini adalah vitamin larut lemak. Maka, ia memerlukan
lemak untuk melarutnya. Di sini, Lecithin memainkan peranan untuk
memudahkan penyerapan ke dalam badan.
7. Pelincir sendi.
Lecithin juga bertindak sebagai pelincir pada sendi. Semakin meningkat
umur, semakin berkurang kuantiti pelincir. Oleh yang demikian,
pentingnya pengambilan Lecithin yang mencukupi untuk mempunyai sendi
yang sihat bagi memudahkan pergerakan.
8. Kecantikan KULIT & RAMBUT.
Lecithin perlu untuk dapatkan kulit yang sihat dan lembap. Ia juga perlu untuk menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat.
Daripada sebahagian fungsi Lecithin ini, pastinya kita akan rasa badan
kita sangat memerlukan Lecithin ni. Tambahan pula dengan keadaan
persekitaran yang tidak sihat, makanan yang kurang berkhasiat (banyak
makanan segera yang mungkin tinggal hanya 10% khasiat, hanya kenyang
yang dapat bila makan tu..huhu..)
Ada fakta yang menyatakan jika nak kurus, kena ambil lebih kurang 4000mg
Lecithin sehari. Ditambah lagi dengan senaman, amalkan makanan yang
diet seimbang, pasti anda akan dapat berat badan yang diimpikan selama
ni. Kalau yang ada masalah kolesterol, boleh ambil sehingga 7000mg
sehari. Pastikan minum air secukupnya supaya ia dapat berfungsi
sepenuhnya, memudahkan penyerapan.
0 comments:
Post a Comment