Keluarga Bahagia Idaman Semua | Alfateh Vitahome

Keluarga bahagia idaman semua.
Sama seperti saya.

Tapi adakah anda bahagia.

Pernahkah anda menengking anak anda?
Sebelum ini setiap hari pendek kata ada macam singa ada macam tarzan.
Ada je kerenah anak2 yang buat saya terjerit-jerit dengan harapan dia faham dan berhenti buat sesuatu yang dimarah.

Tapi budak, nama pun budak2, mereka masih belum mengerti.
Ada yang mereka faham dan boleh terima tetapi sebagai ibu bapa kita kena terangkan pada mereka dalam bahasa yang mudah.

Why don't?!
Why can't?!

Saya yakin kanak2 yang cerdik akan faham dan boleh terima mesej yang disampaikan.

Lebih2 lagi kalau dah berumur 4 tahun ke atas.
Tambah lagi macam anak2 saya, makan Omega Guard, suplemen untuk minda kanak2, menggalakkan sel2 otak berhubung.
Memang mudah menerangkan sesuatu kepada mereka.

Tapi sekarang memang saya menyesal sebab selalu menengking anak2.

Kesan yang dapat saya lihat sekarang, si kakak dah makin kerap marah dan tengking adik.
Cumanya yang menyentuh hati saya sebagai seorang ibu, kakak akan peluk adik dia bila adik menangis lepas kena marah ngan kakak.

Sebenarnya itu amalan saya setelah saya marahkan si kakak. 
Saya selalunya terangkan kenapa saya marah dengan harapan dia faham dan takkan ulangi perkara itu lagi.

Prof. Muhaya ada berkata, sikap anak2 mencerminkan sikap ibu bapa.
Kalau kita tengok anak kita baik atau tidak, itulah kita.
Anak2 akan meniru perbuatan ibu bapa.

Jadi, kesimpulannya yang mampu saya simpulkan, tunjukkan contoh yang baik kepada anak2.

Mereka ibarat kain putih dan kita yang mencorakkannya.

Saya,
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang jururawat kepada keluarga.
Seorang akauntan keluarga.
Seorang pengadil pada anak2.
Seorang tukang masak dalam keluarga.
Dan banyak lagi jawatan dalam rumah yang saya pegang.

Namun, saya juga wanita bekerjaya, dan seorang peniaga.
Tiada alasan untuk mendidik anak, meluangkan masa berkualiti dengan anak2.




Jadikan ibu bapa kita sebagai contoh kita mendidik anak2 kita pula.

Selamat malam.

xoxo

0 comments:

Post a Comment