Aterosklerosis | Alfateh Vitahome

Atherosklerosis adalah punca kepada penyakit kardiovascular ( CVD - cardiovascular disease ), setelah beberapa kajian dibuat. 

Oleh yang demikian, ia menunjukkan dengan jelas bahawa jika kita dapat cegah atau hentikan berlakunya Atherosklerosis ini, sudah pasti CVD juga boleh dicegah. Ia boleh dibuat menerusi pemakanan yang baik.



Apakah Atherosklerosis?

Dalam bahasa yang mudah difahami ianya adalah keadaan apabila salur darah tersumbat. Tapi ia bukannya disebabkan oleh kolesterol yang berkumpul atau mendap di permukaan salur darah.







Atherosklerosis berlaku apabila adanya kerosakan sel yang sangat minima pada lapisan dinding arteri. Ia dipercayai berpunca daripada zarah teroksida. 

Dalam badan kita, oksigen terdapat di seluruh badan, yang dibawa oleh darah untuk metabolisme. Proses - proses ini menyebabkan terhasilnya radikal bebas.

Radikal bebas adalah satu molekul yang tidak stabil. Ia akan mengganggu molekul - molekul lain untuk menjadikannya stabil, yang dipanggil pengoksidaan. 

Tetapi, keadaan ini menyebabkan molekul lain musnah, dan ia menjadikan sel - sel itu tidak dapat berfungsi, malah ia akan mati. 

Masalah radikal bebas ini mendorong para saintis untuk melakukan kajian nutrien - nutrien yang dikenali sebagai antioksidan. Nutrien - nutrien ini mampu menghalang serangan radikal bebas yang bahaya ini.

Selepas berlakunya pengoksidaan pada dinding arteri ini, plak akan mula terhasil dan makin menebal. Ia boleh berlaku kepada individu seawal usia belasan tahun.

Apabila dinding arteri menebal dan menjadi keras akibat timbunan plak, arteri akan menjadi makin sempit dan hilang keupayaan  untuk mengecut dan mengembang. Keadaan ini menyebabkan aliran darah makin berkurang. Ini akan meningkatkan risiko berlakunya tekanan darah tinggi, kegagalan fungsi dan angina.








Situasi yang lagi bahaya yang boleh berlaku akibat Atherosklerosis adalah, satu gumpalan darah akan terbentuk seterusnya menyekat aliran darah sepenuhnya dan arteri bahagian tersebut akan tertutup sepenuhnya,

Sekiranya Atherosklerosis berlaku di dalam jantung, ia akan sebabkan serangan jantung. Jika ia berlaku di arteri yang membekalkan oksigen ke otak, ia akan sebabkan strok.

Nampakkan, di sini pentingnya mencegah berlakunya Atherosklerosis atau bahasa yang mudah difahaminya: salur darah tersumbat.

Atherosklerosis menyerang secara senyap tanpa sebarang tanda dan gejala. Seseorang mungkin tidak menyedari yang dia sedang alami situasi ini. Sampai masa, strok menyerang atau berlaku serangan jantung dan seringkali ianya membawa maut.








Bagi langkah pencegahan, para saintis mengesyorkan supaya kita memakan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu, serta mengambil diet yang tinggi antioksidan.

Diet menjadi cara utama dalam membantu mengurangkan risiko berlakunya Atherosklerosis dan seterusnya mengurangkan juga risiko berlakunya serangan jantung, strok atau apa - apa CVD yang lain.

Apakah makanan kaya tinggi antioksidan?

MAKANAN KAYA VITAMIN A, C dan E!

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila kongsikan kepada yang lain jika ianya bermanfaat.


Pesanan Khidmat Masyarakat.
Pengasas Alfateh Vitahome.

0 comments:

Post a Comment