Premis Makanan Kotor | Alfateh Vitahome

NAK MAKAN KAT KEDAI, KEDAI KOTOR,
MINUM AIR, ADA LIPAS,
BELI NASI, LAUK ADA ULAT!

Premis makanan kotor!

Apa WAJIB DIBUAT?
Mesti ramai yang cakap, VIRALKAN KEDAI TU!

Tapi kalau saya, viral tu tindakan kurang bijak.
Senang je sebenarnya nak buat.

Malah kalau semua orang ambil tindakan yang akan saya ceritakan ni, tak mustahil semua kedai makan di Malaysia ni BERSIH!

Korang tahu tak?

Kementerian Kesihatan Malaysia ada kuasa untuk tutup kedai makan ni?
Maksud tutup ni bukannya suruh dia bungkus kedai makan dan tak boleh meniaga langsung!
BUKAN!

Setiap premis makanan, tak kiralah kedai makan ke, kilang memproses makanan atau minuman ke, gerai goreng pisang nak roboh sekalipun, semuanya boleh diarahkan tutup untuk tujuan PEMBERSIHAN!

Di bawah Seksyen 11(1), Akta Makanan 1983, mana - mana premis makanan yang tidak bersih boleh diarahkan tutup untuk tujuan pembersihan.

Berapa lama kena tutup?
Maksimum 14 hari.
Selagi belum bersih selagi tu premis tak diberi keizinan untuk buka semula.

KENAPA SAYA CERITA NI?
Sebab nak ubah mentaliti rakyat Malaysia ni supaya buat benda betul.
Kalau jumpa kedai kotor, makanan ada ulat, ada lipas ada tahi tikus, ada ubat stapler, ada dawai basuh pinggan, ada sabun pada sudu atau apa2 BUKAN MAKANAN/MINUMAN, atau benda yang tak sepatutnya ada dalam MAKANAN/MINUMAN...

Sila buat aduan di mana - mana PEJABAT KESIHATAN DAERAH.
Sebab apa berbaloi buat macam ni?

Pemilik kedai akan takut kedai kena tutup, nanti beberapa hari kedai dia takde jualan.
Jadi nak tak nak mereka kena pastikan kedai bersih dan makanan minuman selamat untuk semua orang2.
Semua pemilik kedai akan peka la lepas ni.

KKM bukan merawat orang sakit je.
KKM juga usaha untuk memastikan orang awam sihat.

Kenapa saya tak suka viralkan isu2 kedai2 makan ni?
Sebab saya tak suka malukan orang atau aibkan orang.

Lebih baik fokus pada penambahbaikan daripada memviralkan sesuatu yang belum tentu SAHIH.
Namun sihat ke kaya ke, tu semua dari Allah SWT.
Kita ikhtiar sehabis baik.




Ikhlas dari,
Ex PPKP,
Unit Keselamatan & Kualiti Makanan.


0 comments:

Post a Comment