Pakar Bedah Sediakan Payung Sebelum Hujan | Alfateh Vitahome

BILA PAKAR BEDAH PUN DAH MULA BISNES SHAKLEE

Saya yang kerja dengan gred U29 pun tak pernah terfikir, sebelum kenal Shaklee dulu. Sejak kenal Shakleelah baru nampak banyak matlamat hidup.

Kalau tak dulu fikir g kerja balik kerja, uruskan keluarga.

Tapi ini kisah yang bagi saya memang 'deep'!

Beliau seorang pakar bedah, gaji dah memang berganda - ganda la dari gaji saya walau 4 angka ni. Dan saya memang kagum dengan beliau.

Beliau memang seorang yang berfikiran jauh. Walaupun sibuk seharian dengan kerja.

Seorang pakar bedah yang bekerja menggunakan tangan. Terfikir di benaknya, apa yang akan berlaku.

Sekiranya tiba suatu masa, tangannya tidak lagi mampu berfungsi dengan baik, tidak lagi mampu melakukan pembedahan, mungkinkah beliau masih mampu menjana pendapatan seperti sekarang?

Seorang pakar bedah (swasta) , menerima pendapatan berdasarkan bilangan pembedahan yang dibuat.
Jadi kalau tiada pembedahan dibuat, mana nak ada pendapatan? Memang pada hakikatnya incomenya beribu-ribu tapi duit ni lama2 akan habis juga tambah lagi kalau komitmen bulanannya besar.

Dan yang lebih menakjubkan.
Sebagai persediaan awal (sediakan payung sebelum hujan), beliau memulakan bisnes Shaklee

Kenapa bisnes Shaklee?

- Sebab tidak memerlukan modal ratusan ribu ringgit untuk mulakan bisnes, hanya perlukan masa, hp, internet (basically)




- Sebab sampai satu tahap, boleh jana pendapatan pasif




Bisnes ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan bonus yang dibayar oleh Shaklee juga UNLIMITED!


 


Beliau bukanlah orang pertama yang mengambil langkah bijak seperti ini. Ramai lagi sebenarnya.
Tapi yang ingin disampaikan di sini adalah kenapa bisnes Shaklee menjadi pilihan!




Anda juga sedang mencari bisnes untuk dijalankan.
Shaklee adalah jawapannya!

Nak menjadi rakan kongsi kami, ingin berjaya seperti kami?
Hubungi kami klik di sini.

xoxo
Continue Reading

Premis Makanan Kotor | Alfateh Vitahome

NAK MAKAN KAT KEDAI, KEDAI KOTOR,
MINUM AIR, ADA LIPAS,
BELI NASI, LAUK ADA ULAT!

Premis makanan kotor!

Apa WAJIB DIBUAT?
Mesti ramai yang cakap, VIRALKAN KEDAI TU!

Tapi kalau saya, viral tu tindakan kurang bijak.
Senang je sebenarnya nak buat.

Malah kalau semua orang ambil tindakan yang akan saya ceritakan ni, tak mustahil semua kedai makan di Malaysia ni BERSIH!

Korang tahu tak?

Kementerian Kesihatan Malaysia ada kuasa untuk tutup kedai makan ni?
Maksud tutup ni bukannya suruh dia bungkus kedai makan dan tak boleh meniaga langsung!
BUKAN!

Setiap premis makanan, tak kiralah kedai makan ke, kilang memproses makanan atau minuman ke, gerai goreng pisang nak roboh sekalipun, semuanya boleh diarahkan tutup untuk tujuan PEMBERSIHAN!

Di bawah Seksyen 11(1), Akta Makanan 1983, mana - mana premis makanan yang tidak bersih boleh diarahkan tutup untuk tujuan pembersihan.

Berapa lama kena tutup?
Maksimum 14 hari.
Selagi belum bersih selagi tu premis tak diberi keizinan untuk buka semula.

KENAPA SAYA CERITA NI?
Sebab nak ubah mentaliti rakyat Malaysia ni supaya buat benda betul.
Kalau jumpa kedai kotor, makanan ada ulat, ada lipas ada tahi tikus, ada ubat stapler, ada dawai basuh pinggan, ada sabun pada sudu atau apa2 BUKAN MAKANAN/MINUMAN, atau benda yang tak sepatutnya ada dalam MAKANAN/MINUMAN...

Sila buat aduan di mana - mana PEJABAT KESIHATAN DAERAH.
Sebab apa berbaloi buat macam ni?

Pemilik kedai akan takut kedai kena tutup, nanti beberapa hari kedai dia takde jualan.
Jadi nak tak nak mereka kena pastikan kedai bersih dan makanan minuman selamat untuk semua orang2.
Semua pemilik kedai akan peka la lepas ni.

KKM bukan merawat orang sakit je.
KKM juga usaha untuk memastikan orang awam sihat.

Kenapa saya tak suka viralkan isu2 kedai2 makan ni?
Sebab saya tak suka malukan orang atau aibkan orang.

Lebih baik fokus pada penambahbaikan daripada memviralkan sesuatu yang belum tentu SAHIH.
Namun sihat ke kaya ke, tu semua dari Allah SWT.
Kita ikhtiar sehabis baik.




Ikhlas dari,
Ex PPKP,
Unit Keselamatan & Kualiti Makanan.


Continue Reading

Makanan Kotor Di Kedai Makan | Alfateh Vitahome


Makanan kotor di kedai makan

Kak, tolong bagitau tukang masak, cuci ayam ni betul2 sebelum masak, bulu pun ada lagi ni!
Korang berani tak nak tegur pemilik kedai makan macam tu?

Saya berani.

Sebab saya ada hak.
Saya beli makanan bukannya ambil percuma.
Bukan nak tegaskan customer is always right sahaja.
Tapi kita kena makan makanan yang bersih dan suci.
Bukan sahaja sebab kesihatan tapi sebab makanan akan menjadi darah daging, yang akan kita guna dan bawa ke mana2, kerja, ke masjid etc.
Silalah beranikan diri.
Jangan takut.
Kalau tidak, sampai bila2 tahap kebersihan makanan dan kedai makan ni tahap rumah setinggan.
Kata nak bantu orang lain.
This is one of the way I’m helping people!
Selain dari jual suplemen Shaklee untuk kesihatan berpanjangan!
Image may contain: food


Continue Reading

Jalan - Jalan Balik Kampung | Alfateh Vitahome

Siapa selalu travel jauh, memandu dalam jarak 500km per trip, Johor ke Kedah atau KL - Kelantan akan tahu bagaimana penatnya badan. Kalau dapat gilir2, atau dapat rehat sekejap memang lega.

Saya sendiri pernah drive Pasir Mas - KL. 

Masa tu baru kahwin. Travel berdua. Baru lepas majlis. So banyak benda nak uruskan bila balik KL. Saya cakap ngan suami, macamana pun Sabtu kena balik sebab Ahad tu banyak kerja. 

Saya sanggup drive sebab masa tu dia sakit perut, dan langsung tak boleh memandu.

Drive sorang2, malam, non-stop.
Nak berhenti kencing takut. Tak nak kejutkan suami tidur sebab dia menahan sakit. So terus jelah. 
Sampai KL ku simpan. Hahahah.

Tapi lepas ada anak memang takde langsung dah macam tu. Banyak kali nak tukar memandu, anak3 meragam.

Jadi, disebabkan kena memandu seorang diri, suami saya kerap beli air tenaga kononnya nak bagi segar badan. Air lembu ada, air tambah rempah ratus ada, macam2. Tapi saya halang dia beli sebab, air2 tu semua ada BAAAAAAAAAAAANYAK GULA!

Tu belum lagi ragu2 kot ada apa2 bahan terlarang sebab tiba2 jadi sangat energetic.

Tu semua saya tahu melalui kisah benar seorang lelaki yang pjj dengan isteri dia. Setiap kali memandu balik rumah isteri dia, kutub utara kutub selatan, korang tau la kan betapa jauhnya.

Akibat banyak minum air lembu biru tu, dia disahkan ada kencing manis. Orangnya muda lagi. Terpaksa kena korbankan masa ulang alik ke klinik untuk rawatan kencing manis pula. Dah la masih pjj.

Itu yang sekarang pun, kalau saya ada nampak sesiapa minum air2 tenaga macam tu, saya akan pesan, better hentikan minum.

Dah tu apa pilihan lain yang ada untuk minuman tenaga?
Maaf cakaplah. Air minuman tenaga kat pasaran tu semua tak sihat. Kandungan gula banyak gila.

Tahap kena potong kaki tau.
Tak percaya baca label dia.

Saya cukuplah dengan minum ESP setiap pagi.
Balik rumah sebelum anak3 sampai memang rumah dilicinkan dahulu.
Kemudian terus bersilat kat dapur.
Malam2 layan mereka sepahkan mainan pulak.
Belum lagi layan ayah diorang plak.

Oooppssss!

Korang tau tak?

Ayah saya kat kampung pun setuju bila minum ESP ni dia lebih segar bertenaga.
Itu yang relax lagi dah umur 57 tahun pun belum pencen.

Itu sebab sesiapa yang selalu atau mudah penat memang saya syorkan minum ESP ni.

Jom balik kampung.





xoxo

Continue Reading

Larangan Merokok Di Kedai Makan | Alfateh Vitahome

Jangan Merokok kat kedai makan!

Maaf encik
Ini adalah kawasan larangan merokok.

Bagi saya IC atau passport
Saya kena bagi notis peringatan supaya encik tidak lagi melanggar undang2.

Inilah rutin yang akan berlangsung selama 6 bulan
Bagi rakyat Malaysia sesuaikan diri dulu dengan undang2 baru.

Mana tahu lepas ni semua kawasan takleh merokok, jadi bebas asap rokok macam negara jiran.

Bestnya.

Hahaha.

Kita bukan benci smokers.
Cuma kadang tak suka ngan adab mereka.

Merokok dalam kereta.
Merokok dalam rumah.
Merokok depan org yg tak merokok.

Sesak nafas.
Sesak hidung.
BUSUK!



Ni operasi semalam.
Masih ada yang merokok dalam kedai makan walau dah kecoh dah gegar 1 Malaysia tentang undang2 baru.

Penat.
Berjalan dari kedai ke kedai.
Bawah terik matahari.
Dari pagi sampai tengahari.

Terbayang macamana org meniaga kerepek ke apa yang berjalan demi mendapatkan jualan.
Saya ni mujurlah ada minum Esp, memang takde hal kalau nak tawaf 1 pekan ni.
Sebab Esp tu ibarat minuman tenaga bagi saya.

Kalau org yang meniaga ibarat kais pagi makan pagi macamana la ya.
Nasi pun belum dapat makan.

Moga dimurahkan rezeki mereka sepertimana larisnya jualan Esp saya ni.

1 set promosi sehari.
Aminnn.

xoxo

Continue Reading

Larangan Merokok Jangan Pandang Remeh | Alfateh Vitahome

HANYA SEBAB SEBATANG ROKOK, MELAYANG RM1000


Saya banyak saksikan kes2 jatuh hukum pada pesalah merokok di kawasan larangan merokok

Sebabnya saya sendiri yang terlibat dalam kes2 pendakwaan tu
Macam2 ragam yang ada
Lelaki perempuan sama je
Masa kena saman tu masing2 berlagak, melawan penguatkuasa, memaki, marah2 kami, ada yang mengaku dia pun seorang pegawai beruniform, eh macam2 la mengaku bila dah kena ni
Ada 1 kes ni saya kesian
Perempuan
Nampak macam orang susah
Dari broken family
Dia langsung tiada duit
Bila majistret dah jatuh hukum
DIa merayu agar diringankan hukuman
Majistret tetap tegas
Akhirnya dia bermalam di hotel percuma beberapa hari
Hukuman yang diberi biasa denda ATAU penjara beberapa hari
Ada 1 kes remaja
Hukuman denda RM1000
Kalau bayar kompaun tak sampai RM100 pun sebab ia kesalahan bagi orang belum dewasa
Tapi sebab tak bayar kompaun
Melayang RM1000
Yang paling saya tak boleh lupa
OKK saya sendiri
Dari tempat kejadian saya follow dia ambik ic dalam kereta
Masa tu macam2 keluar dari mulut dia
Biasalah orang bila dah salah
Dia tak bayar kompaun
Keluar waran tangkap
Sampai ke kampung dia polis cari (tq abam baju biru)
Sekali dia terpacak depan ofis kami
Merayu agar boleh bayar kompaun
Tiada maaf bagimu
See you in court!
Rugi kan?
Rokok sebatang berapa je la harga dia
Sen2 ke seringgit lebih sebatang
Tapi akibat merokok di kawasan larangan merokok
Ditakdirkan kena tangkap oleh penguatkuasa kesihatan
Melayang beratus ringgit
Ada yang cecah ribu
Kan bagus kalau buat beli suplemen
Nilai kompaun RM250 ringgit tu, tambah lagi RM50 dah boleh beli 1 set twinpack ESP tau, yang tengah rancak gila promosi ni
Badan pun sihat
Ni duk sedut asap rokok
Ke mana la hilangnya aqal mereka ni

Disclaimer : kes2 yang saya ceritakan di sini hanya untuk pengajaran. Tiada nama, tempat kejadian atau apa2 nama khas disebut. Ianya kisah benar demi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang TIADA GUNANYA MEROKOK!

xoxo

Continue Reading