VITAMIN C SHAKLEE | Alfateh Vitahome

ANDA KERAP DEMAM, BATUK, SELSEMA?

ANDA MUDAH JATUH SAKIT?


ANDA ADA MASALAH JERAWAT YANG SERIUS?


ANDA ADA MASALAH RESDUNG YANG TERUK?


ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT YANG BERMINYAK?






TAHUKAH ANDA?

- Vitamin C berfungsi untuk menguatkan imun, yang mana sistem imun yang lemah adalah punca kepada anda sering jatuh sakit sama ada demam selsema, batuk, atau apa - apa jangkitan kuman.

- Vitamin C mampu mengatasi masalah jerawat yang serius sekaligus mampu menghilangkan kesan parut hitam akibat jerawat.

- Vitamin C mampu atasi masalah alergi yang menyebabkan masalah resdung.

- Vitamin C juga boleh dijadikan masker muka untuk atasi masalah kulit seperti masalah kulit terlalu berminyak, kulit berjerawat.

- Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit anda dengan merangsang penghasilan kolagen kerana faktor peningkatan usia menyebabkan kolagen kurang elastik dan kulit akan mengendur. Pengambilan Vitamin C yang konsisten akan memberi kesan yang anda kehendaki.






APA ADA DENGAN VITAMIN C SHAKLEE?

Vitamin C Shaklee mempunyai teknologi pelepasan berkala (sustained release), iaitu dalam 1 tablet Vitamin, ia mengandungi lebih kurang 500mg Vitamin C. Teknologi pelepasan berkala ini membuatkan Vitamin C dilepaskan 100mg untuk setiap 1 jam. Oleh yang demikian, badan anda akan terima 100mg Vitamin C setiap 1 jam selama 5 jam.

Ujian klinikal yang dilakukan membuktikan bahawa dalam tempoh 5 jam, 2 tablet Vitamin C mampu kekal dalam plasma darah selama 24jam, yang mana ia boleh mengatasi inflamasi atau keradangan, melawan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit serta menghalang radikal bebas yang merupakan punca kepada kanser.

Produk Shaklee juga satu - satunya produk suplemen yang pernah lalui "Landmark Study". Ianya dimiliki oleh syarikat yang terbina atas prinsip yang betul. Mereka juga mempunyai Pasukan R&D yang kukuh, iaitu pasukan yang bagus dan memiliki fasiliti yang cukup. Syarikatnya komited memberi yang terbaik kepada pelanggan dan alam semulajadi. Malah, mereka mempunyai BUKTI yang menyokong kepada keselamatan dan keberkesanan produk.





KEBAIKAN VITAMIN C


- Merangsang pembentukan kolagen (menghilangkan kedutan dan halang otot menjadi lembik)

- Mencegah gusi berdarah (skurvi) akibat kekurangan Vitamin C.

- Meningkatkan system imun, melawan alergi hidung, kulit dan asthma juga singkatkan waktu pemulihan dan kurangkan symptom flu dan selsema.

- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.

- Melawan kanser kerana Vitamin C adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.

- Vitamin C juga mampu menghapuskan radikal bebas yang juga merupakan penyebab kanser yang menyerang sel-sel dalam tubuh.

- Mencantikkan kulit dengan menjadikan KULIT lebih CERAH, melambatkan PENUAAN, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen inilah yang menyebabkan kejadian jeragat pada kulit muka kita dan membina kulit yang sihat.

- Menghalang dari salur darah tersumbat, yang boleh menyebabkan sakit dada, serangan jantung atau coronary artery disease.




KENAPA HARUS DAPATKAN VITAMIN C SHAKLEE DARI KAMI?

- Kami adalah pengedar Shaklee yang sah dan aktif sejak 2012. Malah, kami sendiri mengamalkan Vitamin C Shaklee sejak kali pertama mengenali produk ini.

- Kami membuat penghantaran terus pada hari yang sama, sama ada melalui pos atau COD (cash on delivery) dan stok adalah yang asli dan terbaru dari Shaklee (bukan stok hampir tamat tempoh)

- Kami memberikan perkhidmatan penghantaran POS atau COD tanpa caj, iaitu PERCUMA.

- Kami memberikan servis konsultasi percuma, dan bimbingan sehingga berjaya.




Setiap pembelian yang dibuat akan menerima tawaran istimewa. Untuk lebih penjimatan, anda boleh berdaftar sebagai ahli dan mendapat pelbagai keistimewaan setelah berdaftar dengan kami, dengan hanya klik di sini.


Hubungi saya segera untuk pesanan:

019-2867273

019-2867273

019-2867273

atau whatsapp saya di sini.



Continue Reading

Kesuburan dan Kehamilan | Alfateh Vitahome

[ Niat sebenar lain, tapi lain yang Allah bagi ]
2015.
Lama dah.
3 tahun yang lalu.
Masa tu Faeq dah setahun lebih umur dia.

Tapi period tak datang-datang.
Masa anak pertama pun sama.
Setahun lebih baru period datang.



Menurut fakta, ia normal bagi ibu menyusu.
Dua tiga kali cek upt kot2 pregnant tapi negative.
Masa tu fikir2 tak nak lah ambik sebarang perancang kehamilan sebab tak nak hormon berterabur.
Habis muka rosak.
Sayang muka la masa tu kononya.
Jadi.
Ambil keputusan untuk makan GLA Complex.
Mula-mula makan 2 biji sehari.
Lepas tu tambah ke 4 biji sehari.
Lepas tu tambah lagi jadi 6 biji.


Alhamdulillah memang period datang lepas tu.
Cantik je.
Tapi lupa.
Period datang sekali atau 2 kali je.
Ah sudah.
Kehidupan diteruskan seperti biasa.
Tiba-tiba rasa tak sedap badan.
Bila bernafas rasa tercungap-cungap tak cukup oksigen.
Turun jumpa kawan MA dekat klinik, cek BP, normal.
Terserempak dengan doktor sorang ni.
Cerita kat dia, terus dia bagi borang.
"Ko pegi makmal buat UPT!'
Rasa macam kena tampar masa tu.
Dipendekkan cerita, dapat keputusan UPT.
'POSITIF!!!'
Saya menangis bila dapat tahu.
Whatsapp gambar keputusan kat husband.
Bukan nangis gembira tapi risaukan anak yang baru setahun lebih dah nak dapat adik.
Tapi terus pujuk diri sendiri.
Allah telah tentukan yang lebih baik buat kami sekeluarga.
Mulai saat itu, redha.
Alhamdulillah Adyan Al Fateh dah nak masuk 2 tahun lagi 3 minggu.
Jadi, kalau korang rasa nak tambah anak, atau tengah ikhtiar nak dapatkan anak, GLA COMPLEX is the best!
Hehehe.
Tu je nak bagitau.
GLA COMPLEX sangat power untuk stabilkan hormon.
Apabila hormon dah stabil, ia akan memudahkan anda hamil sebab kitaran haid normal, kita boleh kira bila tempoh subur tu.
Masa tu 'usaha' la dengan gigih.
Nak power lagi makan sekali B Complex Shaklee sebab complete dengan Folic Acid.



Folic acid pun membantu kehamilan di samping persediaan untuk pertumbuhan saraf bayi yang sihat, untuk cegah spina bifida.
Nak tahu apakah Spina bifida? Boleh klik sini.
Kesimpulannya, GLA Complex sangatlah sesuai dan disyorkan untukdiamalkan sekiranya sedang ikhtiar untuk hamil atau ada masalah period tidak normal.
Banyak lagi khasiat GLA Complex ni dan salah satu khasiat lain adalah untuk atasi jerawat yang berpunca dari masalah hormon.
Boleh ketahui apa lagi punca - punca jerawat di sini.
Nak order, korang tau kan nombor telefon ai..
tak tau, tanya.
xoxo

Continue Reading

Spina Bifida | Alfateh Vitahome

Spina bifida. Apakah puncanya? Perkataan yang jarang didengari. Pernahkah anda jumpa keadaan ini? Atau mungkin berpengalaman melaluinya sendiri.

Apakah Spina bifida?



Tapi ia biasa di negara luar seperti US kerana terdapat banyak kes Spina bifida di negara ini.

Spina bifida ini adalah keadaan yang berlaku pada bayi, semasa tumbesarannya, tiub saraf tidak tertutup sepenuhnya. Jadi, saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf - saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ia boleh menimbulkan isu dari segi mental dan fizikal. Dalam bahasa yang mudah difahami, ia dipanggil sumbing tulang belakang

Di Malaysia, kes ini ada.
Tetapi jarang ditemui kerana sepanjang tempoh kehamilan, para ibu hamil telah dibekalkan dengan suplemen asid folik bagi tujuan mencegah berlakunya Spina bifida ini.

Ada 3 jenis Spina Bifida.

1. Spina bifida okulta (tersembunyi). Kategori ini adalah kategori yang sering dijumpai. Dalam Spina bifida okulta, wujudnya ruang yang sempit (ukuran jaraknya kecil) di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang alami Spina bifida kategori ini mempunyai tanda dan gejala yang ringan sahaja dan ada juga segelintir yang tiada tanda langsung sehingga mereka tidak sedar yang mereka ada masalah ini.

2. Mielomeningosele adalah jenis Spina bifida yang agak serius. Bagi jenis ini, terdapat satu benjolan yang dinamakan sista atau pundi yang diselaputi kulit dan biasanya boleh dilihat di bahagian belakang badan. Sista tersebut mengandungi tisu dan saraf, tetapi saraf tunjangnya rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagi mereka yang menghidap Spina bifida jenis ini, biasanya mengalami kerosakan saraf atau lumpuh pada beberapa bahagian tertentu, bergantung kepada kedudukan sista. Mereka juga berkemungkinan tidak mampu berjalan dan ada juga yang tidak mampu mengawal kencing.

Terdapat juga kanak - kanak yang mengalami Spina bifida jenis ini turut sama mempunyai hidrocefalus, yang mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam peredaran darah. Terdapat beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, dan ini menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang wujud mengakibatkan otak menjadi lebih mampat.

3. Spina bifida meningosele adalah kategori yang kurang serius berbanding mielomeningosele dan jenis ini juga jarang sekali berlaku. Dalam Spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.



Bolehkah Spina bifida dikesan awal?
Sangat boleh iaitu melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan kehamilan rutin di klinik atau hospital, atau melalui ujian darah.

Apakah rawatan untuk Spina bifida?
Cara merawatnya bergantung kepada tahap keterukan. Bagi bayi yang mengalami Spina bifida jenis yang teruk, pembedahan perlu dilakukan dalam masa dua hari  selepas dilahirkan untuk tujuan membetulkan jarak antara vertebra. Tapi ada juga sesetengah doktor tidak melakukan pembedahan. Sebaliknya membiarkan ia sembuh dengan sendiri.

Terdapat sesetengah bayi yang berjaya dibedah semasa di dalam rahim lagi. Namun pembedahan jenis ini masih jarang dilakukan. Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub bagi tujuan mengeluarkan lebihan cecair.

Bolehkah Spina bifida dicegah?

Ya.

Risiko bayi yang menghidap Spina bifida ini boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mengandungi 400 microgram asid folik. Seeloknya ia mula diambil dari tempoh anda merancang untuk hamil sehinggalah usia kehamilan mencecah 3 bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang ambil suplemen berisiko untuk melahirkan bayi dengan Spina bifida, berbanding wanita yang ambil suplemen asid folik.

Pil asid folik biasanya dibekalkan dari klinik - klinik atau hospital semasa pemeriksaan ibu mengandung. Biasanya doctor atau jururawat yang memeriksa akan pastikan para ibu ambil suplemen ini dengan tujuan untuk  mencegah Spina bifida ini.



xoxo

Continue Reading