Lindungi Diri Dari Selsema | Alfateh Vitahome

Pernah terfikir untuk lindungi diri dan keluarga dari selsema, atau lebih tepat lagi menguatkan sistem imun mereka? Tahukah anda yang bahawa anda boleh lindungi diri dari selsema?

Apabila siang dan malam, bumi mula dibasahi hujan, bersiap sedialah kerana amaran telah diberikan. Bermulanya musim hujan, maka klinik - klinik atau kebanyakan hospital mula dipenuhi orang ramai terutamanya kanak - kanak dan warga emas yang menghidap selsema.


Tetapi, kenapa golongan dewasa dalam lingkungan umur 20 - 40 an ini jarang atau susah mendapat selsema? Tetapi bayi, kanak - kanak dan warga emas sangat mudah dijangkiti virus selsema. Sehinggakan demam selsema menjadi suatu penyakit yang terlalu biasa. Akan tetapi, sekarang ini demam selsema tidak boleh diambil ringan kerana ia adaklah satu simptom kepada influenza. Sistem imun bayi dan kanak - kanak masih lemah dan sedang berkembang manakala sistem imun para warga emas semakin lemah disebabkan faktor usia (penuaan). Dari sudut ini, perlukah lindungi diri dari selsema?

Perokok ada di mana - mana. Kuman juga ada di mana - mana malah lebih banyak dari perokok yang pentingkan diri sendiri ini. 

Kuman akan menyerang pada bila - bila masa lebih - lebih jika kebersihan tidak dijaga. Tangan hendaklah dibasuh selepas mengendalikan benda - benda yang kotor dan sebelum mengendalikan sesuatu yang bersih seperti makanan, pakaian yang bersih dan juga termasuklah anak - anak kita. Kuman ini, seandainya dapat dilihat dengan mata kasar, sudah pasti kita semua akan basuh tangan dengan sabun dengan sangat kerap setiap hari, barangkali siap gunakan sebatian pembunuh kuman seperti alkohol. Nampak tak di sini, perlunya lindungi diri dari selsema?

Sanggupkah anda lihat, anak - anak atau orang yang paling anda sayang terlantar tidak sihat? Selsema ini, bergantung pada kekuatan badan seseorang. Ada yang mampu ke sekolah atau bekerja. Ada juga yang terlantar sebab kepala terasa berat dan pening, apatah lagi hidungnya pula yang tidak selesa akibat tersumbat. Percayalah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sebelum berlaku apa - apa, lindungi dari selsema. Bila dah kena, satu kerja pun tak jalan.



Sistem imun kita boleh dipertingkatkan kekuatannya. Banyak makanan di luar sana yang boleh tingkatkan sistem imun. Makanan yang kaya Vitamin C sangat bagus untuk tingkatkan sistem imun. Boleh tengok di sini ada dinyatakan fakta tentang Vitamin C.


Jangan bagi kuman - kuman atau virus ini masuk ke dalam badan kita.


Semoga kita semua sihat walafiat dan di bawah lindunganNya.

xoxo

0 comments:

Post a Comment