Punca Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

Punca Kulit Berminyak


Apakah punca kulit berminyak? Di bawah adalah senarai punca kulit berminyak. Sama - sama kita mafaatkan ilmu yang saya kongsikan ini.

Pagi - pagi kulit bersih, segar, cantik berseri. Belum pun tengahari, muka dah bersinar - sinar. Bukannya panas berpeluh berjemur matahari pun. Dah berkeping - keping kertas serap minyak ditenyeh ke muka. Habis stok kertas serap minyak yang biru tu, yang biasa nipis senipis kulit bawang pun jadilah asalkan muka tak berminyak ibarat boleh kumpul buat menggoreng! Euwwww!

Siapa ada hadapi masalah sebegini?
Ramai sebenarnya.

Bagaimana ia berlaku?
Apakah puncanya?

Sebenarnya, minyak yang dikeluarkan di kulit oleh kelenjar sebaceous ada fungsinya. Setiap orang memiliki kulit yang berminyak kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit dari kotoran dan habuk. Namun, di atas beberapa faktor ia boleh menyebabkan jerawat. Ketahui punca - punca jerawat timbul di sini.

Kenapa kulit berminyak?

1. Disebabkan oleh hormon

Keseimbangan hormon dalam badan sangat mempengaruhi keadaan kulit individu pada waktu - waktu tertentu. Contohnya bagi wanita yang sedang haid, biasanya kulit akan lebih berminyak daripada biasa. Itu sebabnya kadang - kadang wanita sedang haid akan ada jerawat keluar pada kulit wajah. Namun, keadaan ini akan kembali normal seperti biasa selepas habis haid. Jadi, wanita - wanita di luar sana tak perlu risau ya. Punca kulit berminyak ini hanya bersifat sementara sahaja.

2. Genetik

Ada sebilangan individu yang memang dilahirkan dengan keadaan kulit berminyak. Namun, ianya boleh di atasi. Jangan jadikan punca kulit berminyak ini sebagai halangan untuk menjadikan kulit anda sihat dan bersih tanpa cela. Untuk mengetahuinya boleh klik di sini.

3. Pemakanan

Rakyat Malaysia memang suka makan. Ditambah pula dengan lambakan tempat makan yang makin banyak bagai cendawan tumbuh, dengan food truck di mana - mana sahaja. Makanan kita selalunya berminyak dan berlemak. Ini sangat mempengaruhi keadaan kulit seseorang andai pengambilannya adalah terlalu banyak. Ia akan menjadi punca kulit berminyak. Memang lemak dan minyak diperlukan dalam diet seharian untuk bekalan tenaga. Namun, pengambilannya hendaklah mengikut kadar yang diperlukan oleh badan sahaja.

punca kulit berminyak | alfateh vitahome


4. Kosmetik

Penggunaan kosmetik sangat mempengaruhi kepada punca kulit berminyak. Kebiasaannya kosmetik seperti bedak asas ada 2 jenis, untuk kulit kering dan kulit berminyak. Jika tersalah pilih produk, ia boleh membuatkan kulit bertambah berminyak.

5. Tekanan (Stress)

Stress boleh mengganggu keseimbangan hormon. (boleh rujuk point nombor 1)

6. Pekerjaan

Pekerjaan yang melibatkan lokasi di luar bangunan amat mempengaruhi kepada punca kulit berminyak. Ini kerana, kulit dipaksa menghasilkan sebum pada kadar yang lebih tinggi untuk melindungi kulit dari habuk dan kotoran.

Moga bermanfaat.

Silakan kongsi sekiranya menarik, untuk manfaat semua.

XOXO


0 comments:

Post a Comment