Petua Kulit Cantik | Alfateh Vitahome

Petua Kulit Cantik


Petua kulit cantik khas bagi anda yang mementingkan kecantikan, penampilan diri yang menarik untuk lebih berkeyakinan.

Namun, tahukah anda bahawa untuk mendapatkan kulit cantik, anda harus 'beri makan' pada kulit anda?

Kecantikan luaran bermula dari dalaman. Ini adalah ayat yang seringkali kita dengar berkaitan dengan kecantikan lebih - lebih lagi untuk mendapatkan kulit cantik terutamanya kulit wajah.

Petua kulit cantik:

  1. Banyakkan makan buah dan sayuran yang kaya Vitamin C dan Vitamin E. Kedua - dua vitamin ini adalah antioksida yang mana ia akan memusnahkan radikal bebas. Radikal bebas adalah perosak utama kulit. Radikal bebas ada di segenap ruang, sekeliling kita. Radikal mudah terhasil apabila kita stress dan kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada stress. Jadi, untuk dapat kulit cantik, radikal bebas ini mestilah di atasi.
  2. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi serat. Makanan yang tinggi serat boleh membantu anda mendapatkan kulit cantik kerana serat terbukti mampu melambatkan proses penuaan. Antara makanan kaya serat adalah avocado, buah pisang, bijirin dan lain - lain.
  3. Elakkan pengambilan makanan ringan. Makanan ringan atau makanan segera tinggi bahan pengawet dan ia akan menghasilkan toksin. Toksin ini akan berkumpul di dalam lemak di dalam badan anda (bawah kulit atau yang membalut organ dalam badan). Ia seterusnya menyebabkan keradangan, contohnya jerawat. Jadi, bagaimana mahu dapatkan kulit cantik andai muka berjerawat. Maka, katakan tidak pada makanan ringan. 
  4. Banyakkan minum air putih. Ia bukan susu. Yang dimaksudkan adalah air masak atau air bertapis yang tiada gula, pewarna atau apa - apa perisa. Ia membantu untuk membuang toksin (perkara no 3) yang membantu kulit cantik anda itu, bebas jerawat.
  5. Cuba sedaya upaya jauhi gula terutamanya gula putih. Setiap bahagian kulit kita dilapisi kolagen. Kolagen yang menyebabkan kulit kita anjal. Bayi atau kanak - kanak mempunyai tahap kolagen yang sangat baik. Anjal dan gebu kan kulit mereka. Malangnya, gula ini jahat bukan sahaja boleh menyebabkan kencing manis, ia memusnahkan kolagen pada kulit anda. Ini akan menyebabkan kulit berkedut. Bagaimana untuk mendapatkan kulit cantik andai kedut di sana sini?


Anda amalkan petua ini, anda bukan sahaja akan dapat kulit cantik dan berseri, malah sihat luar dan dalam.

XOXO.


0 comments:

Post a Comment