Siapa saya.

Assalamualaikum.
Salam perkenalan.
Hai.

Terima kasih kerana singgah ke laman web saya.

Nama saya Nurul Fatihah binti Mat Nain, pengasas Alfateh Vitahome dan saya adalah pengedar Shaklee Kuala Lumpur.

Saya menggunakan nama Alfateh adalah sempena nama anak bongsu saya Adyan Al Fateh bin Azuan yang terlalu istimewa bagi saya.

Berbalik kepada cerita Shaklee saya.

Saya mula sertai Shaklee pada Julai 2012. Masa tu mula makan produk Shaklee untuk menyusukan anak pertama. Tapi makin lama makin jatuh cinta dengan produk. Tambahan pula, saya suka dapatkan kelebihan yang ada apabila menyertai keahlian suatu perniagaan, kelab dan sebagainya.

Pada mulanya tak berniat nak berniaga. Namun, mengikut kata upline saya, bersalahnya rasa diri ni, sekiranya tidak berkongsi kebaikan dengan orang lain tentang kebaikan produk. Takkan kita nak sihat seorang sahaja, atau takkan mahu kaya sendiri sahaja? Sejak itu, saya menjadi seorang pengedar Shaklee yang aktif.

Bermula dari itulah, saya mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk di Facebook. Lama kelamaan, empayar saya makin berkembang. Saya mempunyai downline merata seluruh Malaysia.

Sekarang, saya aktif berbisnes dan ada menyediakan servis penghantaran terus ke tangan anda. Saya aktif di Kuala Lumpur. Jika berminat dengan produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, boleh klik di sini.

Anda juga boleh temui saya di FacebookInstagram ShakleeKL, Instagram Set Kulit. Jangan lupa add dan follow ya.

Jumpa lagi di post saya yang seterusnya.



XOXO.
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment