Cara Atasi Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

cara atasi kulit berminyak


Masalah kulit muka yang berminyak boleh diatasi dengan 7 cara. Pastinya ia amat menggembirakan anda yang mempunyai masalah kulit berminyak yang tidak dapat dikawal. Saya juga pernah alami perkara yang sama. Namun setelah saya ketahui cara atasi kulit berminyak, saya tidak lagi risau dan tertekan.

Berikut adalah 7 cara atasi kulit berminyak yang anda boleh lakukan sendiri malah boleh dilakukan di mana - mana sahaja.

cara atasi kulit berminyak | alfateh vitahome

  1. Cara atasi kulit berminyak paling berkesan adalah dengan minum air masak (bukan air bergula ya) kerana ia akan membuang toksin dalam badan yang merpakan salah satu punca penghasilan minyak berlebihan dan punca kepada jerawat.
  2. Hindari makanan berminyak kerana ia juga antara penyumbang terbesar kepada minyak pada kulit anda. 
  3. Bagi wanita, mekap adalah sangat sebati dengan mereka. Cara atasi kulit berminyak walau mengenakan mekap, anda hendaklah memilih mekap jenis matte.
  4. Elakkan menggunakan pelembap kulit yang mengandungi petroleum andai ingin atasi kulit berminyak kerana ia akan meningkatkan penghasilan minyak atau sebum pada kulit.
  5. Pakai clay mask sekurang - kurangnya sebulan sekali. Ia akan mengeringkan kulit muka sekaligus membantu untuk mengurangkan atau atasi kulit berminyak.
  6. Pastikan ketika hendak mencuci muka, air yang digunakan adalah berkeadaan suhu bilik. Jangan guna air panas untuk mencuci muka. Pastikan kulit muka dicuci sebaik sahaja bangun dari tidur dan ketika hendak tidur.
  7. Gunakan bahan yang lembut untuk mencuci muka. Ada sebilangan yang mencuci muka menggunakan tuala, kain atau span yang keras. Hentikan. Rutin sebegini akan merosakkan kulit dan kulit akan menghasilkan minyak dengan lebih banyak kerana menggantikan minyak yang telah hilang akibat menggunakan bahan -  bahan tersebut.
Di sini saya kongsikan satu video khas buat wanita yang sukakan mekap, tapi risau kulit berminya. Boleh cuba ini.



Sila kongsi untuk manfaat semua.

XOXO.


0 comments:

Post a Comment