7 Punca Jerawat | Alfateh Vitahome

7 Punca Jerawat Timbul


Ketahui 7 punca jerawat timbul bagi membantu anda mencegah ianya berulang. Jerawat dengan wanita bagai isi dengan kuku. Tapi, kaum lelaki tidak terkecuali ya. Kaum wanita lebih sensitif kerana sebiji jerawat boleh menjejaskan penampilan diri.

Anda ingin tahu apakah 7 punca jerawat timbul di kulit wajah anda yang polos itu? Ya, saya akan kupas satu persatu setiap punca yang akan saya senaraikan di bawah.

Pada usia berapakah jerawat mula timbul?
Bagaimanakah keadaan kulit wajah anda pada masa itu yang menjadi punca jerawat timbul?
Bagaimanakah penjagaan kulit wajah anda dan diet pemakanan anda yang menjadi punca jerawat timbul pada kulit wajah anda yang gebu itu?

Baiklah, di sini saya akan huraikan satu - persatu, 7 punca jerawat timbul pada wajah anda yang pasti dapat membantu anda mendapatkan maklumat bagi mencegah ianya berlaku. Jerawat timbul apabila pori tersumbat. Mari kita lihat, apakah faktor - faktor atau punca - punca yang menyebabkan jerawat.

1. HORMON

Perasan tak, biasanya remaja yang baru akil baligh selalunya muka berjerawat teruk. Pada usia ini, berlakunya perubahan hormon disebabkan perubahan umur. Ia berlaku apabila kelenjar sebaceous mengembang, mengeluarkan minyak berlebihan daripada biasa. Ini akan menyebabkan jerawat timbul, apabila pori tersumbat.

2. STRESS


7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


Setiap orang pasti mengalami stress. Stress terlewat bangun pagi. Stress jalan sesak apabila hendak ke pejabat. Stress di tempat kerja apabila kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, ditambah lagi kena marah dengan bos. Setiap orang memang tidak boleh lari dari stress. Apabila stress, badan mula menimbulkan radang. Apabila ini berlaku, hormon adrenalin dan androgen akan keluar berlebihan dan ia menjadi punca jerawat timbul pada kulit anda yang licin bersih.

3. KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Keadaan ini biasanya berlaku kepada remaja. Pada usia begini, mereka masih tidak tahu tentang penjagaan kulit wajah, masih tidak menggunakan apa - apa produk pembersih muka sekiranya tiada kakak atau abang mereka memberi tunjuk ajar. Kulit wajah yang tidak bersih, dicemari habuk kotoran akan menyumbatkan pori.

Selain kebersihan kulit wajah, alat - alat mekap seperti berus, span bedak juga mestilah dalam keadaan sentiasa bersih kerana ia sentiasa menyentuh kulit wajah. Saya pernah ada seorang kawan yang mempunyai kulit yang sangat teruk, kesan parut jerawat dan hasil pemerhatian saya adalah ia mungkin berpunca dari span bedak yang sentiasa dibasahkan sebelum digunakan untuk letak bedak ke kulit wajahnya. Span bedak yang kotor menggalak pembiakan kuman seterusnya menjadi punca jerawat timbul di wajah anda.

4. GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Pemakanan, diet yang tidak seimbang, kurang pengambilan sayur dan buah yang kaya vitamin C, kurang minum air putih, ditambah pula dengan merokok, juga boleh menjadi punca jerawat timbul.

5. PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak menggalakkan penghasilan sebum berlebihan. Sebum adalah minyak yang dirembeskan pada kulit. Kulit yang terlalu berminyak akan menyebabkan pori boleh tersumbat jika tidak dijaga dengan baik dan seterusnya menjadi punca kepada jerawat.

7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


6. MEKAP BERLEBIHAN

Penggunaan mekap yang berlebihan sehingga menyumbatkan liang pori juga adalah salah satu punca jerawat timbul. Pastikan anda memilih produk mekap yang sesuai dengan kulit. Contohnya, jka kulit anda jenis kombinasi (berminyak dan kering), pastikan mekap yang anda gunakan sesuai dengan kulit sebabnya kalau mekap jenis berminyak boleh menyumbatkan pori dan seterusnya menjadi punca jerawat timbul di wajah anda.

7. PENGGUNAAN PRODUK SKINCARE TERLARANG

Produk itu tidak salah. Tetapi yang salah adalah pemilik produk dan pengilangnya kerana terlalu mengejar keuntungan, memasukkan bahan terlarang yang memang akan menjadikan kulit gebu, bersih, mulus dan macam - macam lagi perkataan yang tak mampu dihuraikan. Antara bahan terlarang yang selalu digunakan adalah merkuri dan hidrokuinon. Kulit anda akan cantik bersih licin semasa menggunakan produk ini. Tetapi, setelah anda berhenti menggunakannya dan bertukar menggunakan produk lain, bersiap sedialah. Kulit wajah anda akan menjadi seperti kawah gunung berapi, ibarat larva yang tengah menggelegak menanti masa sebelum meletus. Sakitnya jerawat, buruknya muka masa tu, sukar digambarkan. Hanya mereka yang pernah alaminya sahaja yang memahami.

7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


Oleh itu, berhati - hatilah dalam memilih produk. Pilih dengan ilmu, bukannya berdasarkan testimoni yang entah betul atau tidak, atau pun mengikut cadangan pihak penjual yang hanya mengejar keuntungan semata.


Semoga artikel ini menjadi panduan buat anda. Nantikan artikel seterusnya mengenai kesihatan kulit anda.

XOXO.


0 comments:

Post a Comment