VITAMIN C SHAKLEE | Alfateh Vitahome

ANDA KERAP DEMAM, BATUK, SELSEMA?

ANDA MUDAH JATUH SAKIT?


ANDA ADA MASALAH JERAWAT YANG SERIUS?


ANDA ADA MASALAH RESDUNG YANG TERUK?


ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT YANG BERMINYAK?






TAHUKAH ANDA?

- Vitamin C berfungsi untuk menguatkan imun, yang mana sistem imun yang lemah adalah punca kepada anda sering jatuh sakit sama ada demam selsema, batuk, atau apa - apa jangkitan kuman.

- Vitamin C mampu mengatasi masalah jerawat yang serius sekaligus mampu menghilangkan kesan parut hitam akibat jerawat.

- Vitamin C mampu atasi masalah alergi yang menyebabkan masalah resdung.

- Vitamin C juga boleh dijadikan masker muka untuk atasi masalah kulit seperti masalah kulit terlalu berminyak, kulit berjerawat.

- Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit anda dengan merangsang penghasilan kolagen kerana faktor peningkatan usia menyebabkan kolagen kurang elastik dan kulit akan mengendur. Pengambilan Vitamin C yang konsisten akan memberi kesan yang anda kehendaki.






APA ADA DENGAN VITAMIN C SHAKLEE?

Vitamin C Shaklee mempunyai teknologi pelepasan berkala (sustained release), iaitu dalam 1 tablet Vitamin, ia mengandungi lebih kurang 500mg Vitamin C. Teknologi pelepasan berkala ini membuatkan Vitamin C dilepaskan 100mg untuk setiap 1 jam. Oleh yang demikian, badan anda akan terima 100mg Vitamin C setiap 1 jam selama 5 jam.

Ujian klinikal yang dilakukan membuktikan bahawa dalam tempoh 5 jam, 2 tablet Vitamin C mampu kekal dalam plasma darah selama 24jam, yang mana ia boleh mengatasi inflamasi atau keradangan, melawan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit serta menghalang radikal bebas yang merupakan punca kepada kanser.

Produk Shaklee juga satu - satunya produk suplemen yang pernah lalui "Landmark Study". Ianya dimiliki oleh syarikat yang terbina atas prinsip yang betul. Mereka juga mempunyai Pasukan R&D yang kukuh, iaitu pasukan yang bagus dan memiliki fasiliti yang cukup. Syarikatnya komited memberi yang terbaik kepada pelanggan dan alam semulajadi. Malah, mereka mempunyai BUKTI yang menyokong kepada keselamatan dan keberkesanan produk.





KEBAIKAN VITAMIN C


- Merangsang pembentukan kolagen (menghilangkan kedutan dan halang otot menjadi lembik)

- Mencegah gusi berdarah (skurvi) akibat kekurangan Vitamin C.

- Meningkatkan system imun, melawan alergi hidung, kulit dan asthma juga singkatkan waktu pemulihan dan kurangkan symptom flu dan selsema.

- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.

- Melawan kanser kerana Vitamin C adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.

- Vitamin C juga mampu menghapuskan radikal bebas yang juga merupakan penyebab kanser yang menyerang sel-sel dalam tubuh.

- Mencantikkan kulit dengan menjadikan KULIT lebih CERAH, melambatkan PENUAAN, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen inilah yang menyebabkan kejadian jeragat pada kulit muka kita dan membina kulit yang sihat.

- Menghalang dari salur darah tersumbat, yang boleh menyebabkan sakit dada, serangan jantung atau coronary artery disease.




KENAPA HARUS DAPATKAN VITAMIN C SHAKLEE DARI KAMI?

- Kami adalah pengedar Shaklee yang sah dan aktif sejak 2012. Malah, kami sendiri mengamalkan Vitamin C Shaklee sejak kali pertama mengenali produk ini.

- Kami membuat penghantaran terus pada hari yang sama, sama ada melalui pos atau COD (cash on delivery) dan stok adalah yang asli dan terbaru dari Shaklee (bukan stok hampir tamat tempoh)

- Kami memberikan perkhidmatan penghantaran POS atau COD tanpa caj, iaitu PERCUMA.

- Kami memberikan servis konsultasi percuma, dan bimbingan sehingga berjaya.




Setiap pembelian yang dibuat akan menerima tawaran istimewa. Untuk lebih penjimatan, anda boleh berdaftar sebagai ahli dan mendapat pelbagai keistimewaan setelah berdaftar dengan kami, dengan hanya klik di sini.


Hubungi saya segera untuk pesanan:

019-2867273

019-2867273

019-2867273

atau whatsapp saya di sini.



Continue Reading

Kesuburan dan Kehamilan | Alfateh Vitahome

[ Niat sebenar lain, tapi lain yang Allah bagi ]
2015.
Lama dah.
3 tahun yang lalu.
Masa tu Faeq dah setahun lebih umur dia.

Tapi period tak datang-datang.
Masa anak pertama pun sama.
Setahun lebih baru period datang.



Menurut fakta, ia normal bagi ibu menyusu.
Dua tiga kali cek upt kot2 pregnant tapi negative.
Masa tu fikir2 tak nak lah ambik sebarang perancang kehamilan sebab tak nak hormon berterabur.
Habis muka rosak.
Sayang muka la masa tu kononya.
Jadi.
Ambil keputusan untuk makan GLA Complex.
Mula-mula makan 2 biji sehari.
Lepas tu tambah ke 4 biji sehari.
Lepas tu tambah lagi jadi 6 biji.


Alhamdulillah memang period datang lepas tu.
Cantik je.
Tapi lupa.
Period datang sekali atau 2 kali je.
Ah sudah.
Kehidupan diteruskan seperti biasa.
Tiba-tiba rasa tak sedap badan.
Bila bernafas rasa tercungap-cungap tak cukup oksigen.
Turun jumpa kawan MA dekat klinik, cek BP, normal.
Terserempak dengan doktor sorang ni.
Cerita kat dia, terus dia bagi borang.
"Ko pegi makmal buat UPT!'
Rasa macam kena tampar masa tu.
Dipendekkan cerita, dapat keputusan UPT.
'POSITIF!!!'
Saya menangis bila dapat tahu.
Whatsapp gambar keputusan kat husband.
Bukan nangis gembira tapi risaukan anak yang baru setahun lebih dah nak dapat adik.
Tapi terus pujuk diri sendiri.
Allah telah tentukan yang lebih baik buat kami sekeluarga.
Mulai saat itu, redha.
Alhamdulillah Adyan Al Fateh dah nak masuk 2 tahun lagi 3 minggu.
Jadi, kalau korang rasa nak tambah anak, atau tengah ikhtiar nak dapatkan anak, GLA COMPLEX is the best!
Hehehe.
Tu je nak bagitau.
GLA COMPLEX sangat power untuk stabilkan hormon.
Apabila hormon dah stabil, ia akan memudahkan anda hamil sebab kitaran haid normal, kita boleh kira bila tempoh subur tu.
Masa tu 'usaha' la dengan gigih.
Nak power lagi makan sekali B Complex Shaklee sebab complete dengan Folic Acid.



Folic acid pun membantu kehamilan di samping persediaan untuk pertumbuhan saraf bayi yang sihat, untuk cegah spina bifida.
Nak tahu apakah Spina bifida? Boleh klik sini.
Kesimpulannya, GLA Complex sangatlah sesuai dan disyorkan untukdiamalkan sekiranya sedang ikhtiar untuk hamil atau ada masalah period tidak normal.
Banyak lagi khasiat GLA Complex ni dan salah satu khasiat lain adalah untuk atasi jerawat yang berpunca dari masalah hormon.
Boleh ketahui apa lagi punca - punca jerawat di sini.
Nak order, korang tau kan nombor telefon ai..
tak tau, tanya.
xoxo

Continue Reading

Spina Bifida | Alfateh Vitahome

Spina bifida. Apakah puncanya? Perkataan yang jarang didengari. Pernahkah anda jumpa keadaan ini? Atau mungkin berpengalaman melaluinya sendiri.

Apakah Spina bifida?



Tapi ia biasa di negara luar seperti US kerana terdapat banyak kes Spina bifida di negara ini.

Spina bifida ini adalah keadaan yang berlaku pada bayi, semasa tumbesarannya, tiub saraf tidak tertutup sepenuhnya. Jadi, saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf - saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ia boleh menimbulkan isu dari segi mental dan fizikal. Dalam bahasa yang mudah difahami, ia dipanggil sumbing tulang belakang

Di Malaysia, kes ini ada.
Tetapi jarang ditemui kerana sepanjang tempoh kehamilan, para ibu hamil telah dibekalkan dengan suplemen asid folik bagi tujuan mencegah berlakunya Spina bifida ini.

Ada 3 jenis Spina Bifida.

1. Spina bifida okulta (tersembunyi). Kategori ini adalah kategori yang sering dijumpai. Dalam Spina bifida okulta, wujudnya ruang yang sempit (ukuran jaraknya kecil) di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang alami Spina bifida kategori ini mempunyai tanda dan gejala yang ringan sahaja dan ada juga segelintir yang tiada tanda langsung sehingga mereka tidak sedar yang mereka ada masalah ini.

2. Mielomeningosele adalah jenis Spina bifida yang agak serius. Bagi jenis ini, terdapat satu benjolan yang dinamakan sista atau pundi yang diselaputi kulit dan biasanya boleh dilihat di bahagian belakang badan. Sista tersebut mengandungi tisu dan saraf, tetapi saraf tunjangnya rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagi mereka yang menghidap Spina bifida jenis ini, biasanya mengalami kerosakan saraf atau lumpuh pada beberapa bahagian tertentu, bergantung kepada kedudukan sista. Mereka juga berkemungkinan tidak mampu berjalan dan ada juga yang tidak mampu mengawal kencing.

Terdapat juga kanak - kanak yang mengalami Spina bifida jenis ini turut sama mempunyai hidrocefalus, yang mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam peredaran darah. Terdapat beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, dan ini menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang wujud mengakibatkan otak menjadi lebih mampat.

3. Spina bifida meningosele adalah kategori yang kurang serius berbanding mielomeningosele dan jenis ini juga jarang sekali berlaku. Dalam Spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.



Bolehkah Spina bifida dikesan awal?
Sangat boleh iaitu melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan kehamilan rutin di klinik atau hospital, atau melalui ujian darah.

Apakah rawatan untuk Spina bifida?
Cara merawatnya bergantung kepada tahap keterukan. Bagi bayi yang mengalami Spina bifida jenis yang teruk, pembedahan perlu dilakukan dalam masa dua hari  selepas dilahirkan untuk tujuan membetulkan jarak antara vertebra. Tapi ada juga sesetengah doktor tidak melakukan pembedahan. Sebaliknya membiarkan ia sembuh dengan sendiri.

Terdapat sesetengah bayi yang berjaya dibedah semasa di dalam rahim lagi. Namun pembedahan jenis ini masih jarang dilakukan. Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub bagi tujuan mengeluarkan lebihan cecair.

Bolehkah Spina bifida dicegah?

Ya.

Risiko bayi yang menghidap Spina bifida ini boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mengandungi 400 microgram asid folik. Seeloknya ia mula diambil dari tempoh anda merancang untuk hamil sehinggalah usia kehamilan mencecah 3 bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang ambil suplemen berisiko untuk melahirkan bayi dengan Spina bifida, berbanding wanita yang ambil suplemen asid folik.

Pil asid folik biasanya dibekalkan dari klinik - klinik atau hospital semasa pemeriksaan ibu mengandung. Biasanya doctor atau jururawat yang memeriksa akan pastikan para ibu ambil suplemen ini dengan tujuan untuk  mencegah Spina bifida ini.



xoxo

Continue Reading

Lindungi Diri Dari Selsema | Alfateh Vitahome

Pernah terfikir untuk lindungi diri dan keluarga dari selsema, atau lebih tepat lagi menguatkan sistem imun mereka? Tahukah anda yang bahawa anda boleh lindungi diri dari selsema?

Apabila siang dan malam, bumi mula dibasahi hujan, bersiap sedialah kerana amaran telah diberikan. Bermulanya musim hujan, maka klinik - klinik atau kebanyakan hospital mula dipenuhi orang ramai terutamanya kanak - kanak dan warga emas yang menghidap selsema.


Tetapi, kenapa golongan dewasa dalam lingkungan umur 20 - 40 an ini jarang atau susah mendapat selsema? Tetapi bayi, kanak - kanak dan warga emas sangat mudah dijangkiti virus selsema. Sehinggakan demam selsema menjadi suatu penyakit yang terlalu biasa. Akan tetapi, sekarang ini demam selsema tidak boleh diambil ringan kerana ia adaklah satu simptom kepada influenza. Sistem imun bayi dan kanak - kanak masih lemah dan sedang berkembang manakala sistem imun para warga emas semakin lemah disebabkan faktor usia (penuaan). Dari sudut ini, perlukah lindungi diri dari selsema?

Perokok ada di mana - mana. Kuman juga ada di mana - mana malah lebih banyak dari perokok yang pentingkan diri sendiri ini. 

Kuman akan menyerang pada bila - bila masa lebih - lebih jika kebersihan tidak dijaga. Tangan hendaklah dibasuh selepas mengendalikan benda - benda yang kotor dan sebelum mengendalikan sesuatu yang bersih seperti makanan, pakaian yang bersih dan juga termasuklah anak - anak kita. Kuman ini, seandainya dapat dilihat dengan mata kasar, sudah pasti kita semua akan basuh tangan dengan sabun dengan sangat kerap setiap hari, barangkali siap gunakan sebatian pembunuh kuman seperti alkohol. Nampak tak di sini, perlunya lindungi diri dari selsema?

Sanggupkah anda lihat, anak - anak atau orang yang paling anda sayang terlantar tidak sihat? Selsema ini, bergantung pada kekuatan badan seseorang. Ada yang mampu ke sekolah atau bekerja. Ada juga yang terlantar sebab kepala terasa berat dan pening, apatah lagi hidungnya pula yang tidak selesa akibat tersumbat. Percayalah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sebelum berlaku apa - apa, lindungi dari selsema. Bila dah kena, satu kerja pun tak jalan.



Sistem imun kita boleh dipertingkatkan kekuatannya. Banyak makanan di luar sana yang boleh tingkatkan sistem imun. Makanan yang kaya Vitamin C sangat bagus untuk tingkatkan sistem imun. Boleh tengok di sini ada dinyatakan fakta tentang Vitamin C.


Jangan bagi kuman - kuman atau virus ini masuk ke dalam badan kita.


Semoga kita semua sihat walafiat dan di bawah lindunganNya.

xoxo

Continue Reading

Bahaya Soya Mengundang Kanser dan Memudaratkan Kesihatan | Alfateh Vitahome



Soya bahaya ke? Ada bukti ke?

Baca dulu isi kandungannya barulah tahu kebenarannya. Soya adalah makanan yang paling banyak digunakan dalam dunia sebab ianya boleh dihasilkan dengan banyak tetapi murah malah ianya sedap dan demand tinggi.

Kebanyakan produk kacang soya ini diproses menjadi minyak kacang soya. Sisa daripada proses pembuatan minyak kacang soya ini akan dihasilkan beberapa jenis makanan seperti kicap, tauhu, dan banyak lagilah.Apabila ianya dihasilkan daripada hampas atau sisa, ia dah jadi bahan buangan, bahagian orang tak nak dah sebab dah takde khasiat. Jadi, inilah yang tak elok dimakan sebab tak berkhasiat.

Tetapi, disebabkan oleh permintaan terhadap produk yang berasaskan kacang soya ini terlampau tinggi, kilang - kilang pemprosesan mengekstrak kacang soya ini menggunakan larutan bahan kimia yang dinamakan heksana.

Heksana ini adalah sejenis bahan kimia iaitu pelarut dari minyak PETROLEUM!
(Terbayang macamana la selama ni macam duk telan minyak petrol)

Selama ni, kita dihebohkan dengan fakta yang kononnya produk berasaskan soya ni mengundang kanser dan memudaratkan kesihatan. Ia sebenarnya disebabkan oleh :

CARA PENGHASILANNYA.

Soya tu bagus! Soya tu tak salah pun.
Tapi teknik utk mendapatkan soya dan mengekstrak soya tu yang buatkan soya tak elok!

Ha ni lagi satu fakta!

Soya dikenali dengan kandungan PHYTOESTROGEN.
Phytoestrogen ni bila masuk badan manusia, memang boleh mimic hormon estrogen.

Ini adalah salah satu perdebatan hangat di media sosial tentang bahayanya pengambilan soya yang BERLEBIHAN sebab risaukan kesan phytoestrogen ni.

Sabar. Jom kita kenali dulu soya yang dijamin selamat iaitu Esp, Soy Protein Shaklee.

1. Tanaman Kacang Soya untuk Shaklee adalah organik.

Soya adalah tanaman yang sangat tahan lasak, dan kebiasaannya racun rumpai yang kuat akan digunakan. Tetapi, dalam proses penuaian soya untuk Shaklee, TIADA sebarang racun rumpai atau apa - apa  bahan kimia digunakan.

2. Kacang Soya Shaklee adalah Non-Gmo (tidak diubahsuai struktur genetiknya)

Kebanyakan kilang yang menghasilkan produk soya menggunakan soya yang dah diubahsuai genetiknya supaya penghasilan soya tu produk yang dihasilkan adalah mengikut permintaan pelanggan. Tahukah anda, kacang soya yang diubahsuai struktur genetik dapat dihasilkan dengan BANYAK tapi MURAH.

Tapi Shaklee hanya menggunakan kacang soya yang well preserved khasiatnya.

Genetik Soya yang tak diusik sedikitpunapatah lagi diubahsuai.

Bagaimana elok Allah telah ciptakan kacang soya serta khasiatnya, begitulah setiap biji yang digunakan.

3. ESP Shaklee mengandungi semua 9 Asid amino yang penting untuk fungsi badan



Badan kita perlukan semua 9 jenis asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim dalam badan.

Salah satu ciri yang paling berharga bagi kacang soya adalah ia mengandungi protein yang lengkap dan memberi SEMUA 9 asid amino penting tu.

Malangnya!

Tak semua kacang soya tu sama kualitinya.

Kandungan asid amino pun berbeza - beza mengikut keadaan tanah, dan perubahan semasa perkembangan dan proses menuai.

Kalau takde 9 amino asid tu, ada 7 je.. apa jadi?!

Kalau salah satu asid amino penting hilang, sistem imun boleh menurun sebanyak 30%! This is a fact.

So penting sangat utk kita semua dapatkan 9 jenis amino asid dalam pemakanan harian kita.

Sebab itu, sangat penting untuk setiap kelompok kacang soya tu diperiksa untuk kandungan amino asidnya.

Alhamdulillah, ESP SHAKLEE ada 9 Amino Asid tu. Dan kita tak perlu cek setiap sebiji kacang soya. Hanya perlu cek label pada tong Esp.

Dalam soya ada phytoestrogen yang bernama isoflavones. Dua jenis yang biasa ditemui adalah daidzein dan genistein. Isoflavones menurut satu kajian dipercayai boleh mencegah kanser prostat.

Selain itu, isoflavones dalam soya ini sangat bagus untuk tulang sebab ia berfungsi untuk mengekalkan tisu tulang, mencegah penyusutan tulang yang sebabkan Osteoporosis, dan menjadikan tulang kita kuat!

Nak tau tak? Isoflavon ni lah antara kandungan soya yang buatkan ahli kesihatan satu dunia sarankan ambil soya untuk sihat.

4. Soya Shaklee diproses dengan memelihara kandungan Isoflavone.

Maknanya, dalam proses membersihkan soya Esp, isoflavone tidak rosak dan manfaatnya dapat dirasai oleh peminat ESP.

Biasanya, dalam pemprosesan kacang soya, untuk pembersihan kacang soya, alkohol digunakan yang mana akan merosakkan isoflavon yang terkandung di dalamnya.

Tetapi, Shaklee tidak menggunakan alkohol seperti pemprosesan di kilang - kilang lain dan hanya menggunakan AIR! semata - mata untuk memelihara kandungan Isoflavon

Memang terbaiklah macam ni kan?

5. Bahan - bahan anti-tiroid dikeluarkan.

Banyak kita dgr org kata,
“JANGAN MINUM SOYA, NANTI THYROID ROSAK”

Sebenarnya..
YA betol!

Dalam soya memang ada bahan anti - thyroid ni.

Bahasa sains dia : Goitrogen.

Bahan anti - thyroid ni memang boleh mengganggu fungsi thyroid kita.

ALAMAK!!
SO APA SHAKLEE BUAT?

Shaklee KELUARKAN bahan ni dari soya - soya dia.

Jadi kita tak PERLU risau lagi dahhh takut nanti thyroid lemah ke apa.

—-
Cerita sket lah.

Kat jepun kan...
Mereka adalah penggemar soya.

Mereka pun tahu je pasal bahan anti - thyroid dlm soya ni.

Jadi, orang Jepun dulu kala, sebelum makan soya mereka akan rendam soya dalam air panas / letak dalam haba panas, untuk singkirkan bahan anti - thyroid tu.

TAPI!!!

Little did they know, bila mereka letak soya dalam haba panas...

Bukan setakat bahan anti - thyroid tu je yg lesap...

Dengan amino asid dan isoflavone sekali lesap.

Sebab isoflavon dan amino acid ni sangat sensitif terhadap haba.

Now sebabkan nak jaga isoflavon dan amino asid tu......

6. Shaklee tidak gunakan HABA untuk singkirkan anti - thyroid

Dia pakai kaedah lain untuk singkirkannya, selain haba.

Sebab itulah kita tak bancuh esp dgn air panas!

Now semua baru faham kan? kenapa cara pengambilan esp takleh bancuh dgn air panas.
Heeeee...

7. Esp Shaklee siap ada tambahan KALSIUM tau!

Semua perasan tak, air soya atau tahu kalau biar lama sket... dia macam masam... bau asid sket.

Kan? Kan?

Okay.
Dalam kacang soya ni ada minyak tau.

Bila nak hasilkan bahan makanan bersoya ni, minyak soya tu akan dikeluarkan.

Bila minyak takde. Soya ni bersifat agak berasid.

Kalau dia asidik, bahaya la kat perut kita kan.

Jadi apa yang Shaklee buat, shaklee TAMBAH CALCIUM.

Sebab calcium ni sifat dia agak beralkali. Jadi, dia akan meneutralkan sifat serbuk soya tu.

Maka selamatlah ia diminum.

Dan sebab tu ramai orang ada gastrik, amik esp, mereka jarang dapat gastrik dah.



Best sangat kan soya Shaklee ni? Ramai yang dah rasai keberkesanannya yang best sangat.
Ternyata mereka telah membuat pilihan yang bijak.

Anda, bagaimana?

xoxo

Continue Reading

Kesan Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

Akibat dari kulit berminyak, munculnya jerawat. Itulah masalah utama kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak. Tapi, tahukah anda bahawa kulit berminyak juga ada kebaikannya. Kulit berminyak itu tidak salah. Tetapi kulit yang terlalu berminyak tidak menyelesakan. Anda setuju?

Tidak mengapa. Untuk menenangkan hati anda, saya akan beritahu, apakah kesan kulit berminyak kepada kita dari sudut positif. Ada banyak, dan di antaranya adalah:

1. Melindungi kulit. Kulit kita adalah merupakan organ terbesar dalam badan manusia. Sebum (minyak) yang dihasilkan dari kulit bertindak seperti perisai untuk menentang pencemaran dari persekitaran dan membekalkan beberapa nutrien. Adakah ini kesan kulit berminyak yang menggembirakan bukan?

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Menurut seorang pakar kulit, Dr. Jeannaette Graf, sebum mengandungi Vitamin E yang merupakan bersifat antioksidan dan ia berfungsi untuk menghalang kerosakan akibat radikal bebas. Malah, antioksidan ini juga mampu mencegah penyakit salur darah dan termasuklah kanser dan Alzheimer.

2. Pelindung dari sinaran cahaya matahari. Biasanya kalau nak ke pantai, atau atlet yang bersukan di bawah cahaya matahari akan gunakan krim sunblock sebagai pelindung. Tapi bagi orang yang kulit jenis berminyak, ini merupakan satu kelebihan.

Tapi ini tidak bermakna anda boleh dengan sesuka hati dedahkan kulit kepada cahaya matahari. Anda cuma perlu pakai pelindung tetapi pada kadar SPF yang lebih ringan, untuk mencegah pori tersumbat.

3. Melambatkan penuaan. Iya. Orang yang mempunyai kulit berminyak akan lambat tua. Sebabnya, kulit mereka terlindung oleh lapisan sebum itu sendiri. Jadi, kulit lambat rosak. Tapi anda masih tetap perlu makan makanan berkhasiat untuk melambatkan penuaan sebab masih terdapat banyak lagi faktor penuaan yang lain. Kesan kulit berminyak ini membuatkan ramai wanita akan senyum lebar.

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Tidaklah terlalu risau dan rimas memikirkan keadaan kulit itu kan?

4. Kurang keradangan maka kurang kedutan. Nutrisi yang terkandung dalam sebum memberikan kesan keradangan yang rendah. Memandangkan kedutan pada kulit berkait dengan keradangan, apabila keradangan berkurangan, maka kedutan pada kulit juga berkurangan. Malah kulit akan nampak muda, segar dan berseri.

5. Kulit kekal terhidrat. Air dan sebum (minyak) tidak bercampur. Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti di luar bangunan,pastinya akan kerap berpeluh dan akan mengakibatkan badan boleh kekurangan air (terhidrat). Tetapi, bagi orang yang jenis kulit berminyak, kadar terhidrat ini adalah berkurangan dengan orang jenis kulit biasa kerana sebum ini bertindak membentuk suatu lapisan yang berfungsi untuk mengurangkan terhidrat.

kesan kulit berminyak | alfateh vitahome


Apa yang boleh disimpulkan di sini, kulit berminyak tidak semestinya akan memberi kesan buruk kepada manusia. Namun, jika kulit terlalu berminyak, sebum dihasilkan berlebihan, barulah ia akan memudaratkan.

Sila kongsi jika bermanfaat.

XOXO.


Continue Reading

Punca Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

Punca Kulit Berminyak


Apakah punca kulit berminyak? Di bawah adalah senarai punca kulit berminyak. Sama - sama kita mafaatkan ilmu yang saya kongsikan ini.

Pagi - pagi kulit bersih, segar, cantik berseri. Belum pun tengahari, muka dah bersinar - sinar. Bukannya panas berpeluh berjemur matahari pun. Dah berkeping - keping kertas serap minyak ditenyeh ke muka. Habis stok kertas serap minyak yang biru tu, yang biasa nipis senipis kulit bawang pun jadilah asalkan muka tak berminyak ibarat boleh kumpul buat menggoreng! Euwwww!

Siapa ada hadapi masalah sebegini?
Ramai sebenarnya.

Bagaimana ia berlaku?
Apakah puncanya?

Sebenarnya, minyak yang dikeluarkan di kulit oleh kelenjar sebaceous ada fungsinya. Setiap orang memiliki kulit yang berminyak kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit dari kotoran dan habuk. Namun, di atas beberapa faktor ia boleh menyebabkan jerawat. Ketahui punca - punca jerawat timbul di sini.

Kenapa kulit berminyak?

1. Disebabkan oleh hormon

Keseimbangan hormon dalam badan sangat mempengaruhi keadaan kulit individu pada waktu - waktu tertentu. Contohnya bagi wanita yang sedang haid, biasanya kulit akan lebih berminyak daripada biasa. Itu sebabnya kadang - kadang wanita sedang haid akan ada jerawat keluar pada kulit wajah. Namun, keadaan ini akan kembali normal seperti biasa selepas habis haid. Jadi, wanita - wanita di luar sana tak perlu risau ya. Punca kulit berminyak ini hanya bersifat sementara sahaja.

2. Genetik

Ada sebilangan individu yang memang dilahirkan dengan keadaan kulit berminyak. Namun, ianya boleh di atasi. Jangan jadikan punca kulit berminyak ini sebagai halangan untuk menjadikan kulit anda sihat dan bersih tanpa cela. Untuk mengetahuinya boleh klik di sini.

3. Pemakanan

Rakyat Malaysia memang suka makan. Ditambah pula dengan lambakan tempat makan yang makin banyak bagai cendawan tumbuh, dengan food truck di mana - mana sahaja. Makanan kita selalunya berminyak dan berlemak. Ini sangat mempengaruhi keadaan kulit seseorang andai pengambilannya adalah terlalu banyak. Ia akan menjadi punca kulit berminyak. Memang lemak dan minyak diperlukan dalam diet seharian untuk bekalan tenaga. Namun, pengambilannya hendaklah mengikut kadar yang diperlukan oleh badan sahaja.

punca kulit berminyak | alfateh vitahome


4. Kosmetik

Penggunaan kosmetik sangat mempengaruhi kepada punca kulit berminyak. Kebiasaannya kosmetik seperti bedak asas ada 2 jenis, untuk kulit kering dan kulit berminyak. Jika tersalah pilih produk, ia boleh membuatkan kulit bertambah berminyak.

5. Tekanan (Stress)

Stress boleh mengganggu keseimbangan hormon. (boleh rujuk point nombor 1)

6. Pekerjaan

Pekerjaan yang melibatkan lokasi di luar bangunan amat mempengaruhi kepada punca kulit berminyak. Ini kerana, kulit dipaksa menghasilkan sebum pada kadar yang lebih tinggi untuk melindungi kulit dari habuk dan kotoran.

Moga bermanfaat.

Silakan kongsi sekiranya menarik, untuk manfaat semua.

XOXO


Continue Reading

Cara Atasi Kulit Berminyak | Alfateh Vitahome

cara atasi kulit berminyak


Masalah kulit muka yang berminyak boleh diatasi dengan 7 cara. Pastinya ia amat menggembirakan anda yang mempunyai masalah kulit berminyak yang tidak dapat dikawal. Saya juga pernah alami perkara yang sama. Namun setelah saya ketahui cara atasi kulit berminyak, saya tidak lagi risau dan tertekan.

Berikut adalah 7 cara atasi kulit berminyak yang anda boleh lakukan sendiri malah boleh dilakukan di mana - mana sahaja.

cara atasi kulit berminyak | alfateh vitahome

  1. Cara atasi kulit berminyak paling berkesan adalah dengan minum air masak (bukan air bergula ya) kerana ia akan membuang toksin dalam badan yang merpakan salah satu punca penghasilan minyak berlebihan dan punca kepada jerawat.
  2. Hindari makanan berminyak kerana ia juga antara penyumbang terbesar kepada minyak pada kulit anda. 
  3. Bagi wanita, mekap adalah sangat sebati dengan mereka. Cara atasi kulit berminyak walau mengenakan mekap, anda hendaklah memilih mekap jenis matte.
  4. Elakkan menggunakan pelembap kulit yang mengandungi petroleum andai ingin atasi kulit berminyak kerana ia akan meningkatkan penghasilan minyak atau sebum pada kulit.
  5. Pakai clay mask sekurang - kurangnya sebulan sekali. Ia akan mengeringkan kulit muka sekaligus membantu untuk mengurangkan atau atasi kulit berminyak.
  6. Pastikan ketika hendak mencuci muka, air yang digunakan adalah berkeadaan suhu bilik. Jangan guna air panas untuk mencuci muka. Pastikan kulit muka dicuci sebaik sahaja bangun dari tidur dan ketika hendak tidur.
  7. Gunakan bahan yang lembut untuk mencuci muka. Ada sebilangan yang mencuci muka menggunakan tuala, kain atau span yang keras. Hentikan. Rutin sebegini akan merosakkan kulit dan kulit akan menghasilkan minyak dengan lebih banyak kerana menggantikan minyak yang telah hilang akibat menggunakan bahan -  bahan tersebut.
Di sini saya kongsikan satu video khas buat wanita yang sukakan mekap, tapi risau kulit berminya. Boleh cuba ini.



Sila kongsi untuk manfaat semua.

XOXO.


Continue Reading

Petua Kulit Cantik | Alfateh Vitahome

Petua Kulit Cantik


Petua kulit cantik khas bagi anda yang mementingkan kecantikan, penampilan diri yang menarik untuk lebih berkeyakinan.

Namun, tahukah anda bahawa untuk mendapatkan kulit cantik, anda harus 'beri makan' pada kulit anda?

Kecantikan luaran bermula dari dalaman. Ini adalah ayat yang seringkali kita dengar berkaitan dengan kecantikan lebih - lebih lagi untuk mendapatkan kulit cantik terutamanya kulit wajah.

Petua kulit cantik:

  1. Banyakkan makan buah dan sayuran yang kaya Vitamin C dan Vitamin E. Kedua - dua vitamin ini adalah antioksida yang mana ia akan memusnahkan radikal bebas. Radikal bebas adalah perosak utama kulit. Radikal bebas ada di segenap ruang, sekeliling kita. Radikal mudah terhasil apabila kita stress dan kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada stress. Jadi, untuk dapat kulit cantik, radikal bebas ini mestilah di atasi.
  2. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi serat. Makanan yang tinggi serat boleh membantu anda mendapatkan kulit cantik kerana serat terbukti mampu melambatkan proses penuaan. Antara makanan kaya serat adalah avocado, buah pisang, bijirin dan lain - lain.
  3. Elakkan pengambilan makanan ringan. Makanan ringan atau makanan segera tinggi bahan pengawet dan ia akan menghasilkan toksin. Toksin ini akan berkumpul di dalam lemak di dalam badan anda (bawah kulit atau yang membalut organ dalam badan). Ia seterusnya menyebabkan keradangan, contohnya jerawat. Jadi, bagaimana mahu dapatkan kulit cantik andai muka berjerawat. Maka, katakan tidak pada makanan ringan. 
  4. Banyakkan minum air putih. Ia bukan susu. Yang dimaksudkan adalah air masak atau air bertapis yang tiada gula, pewarna atau apa - apa perisa. Ia membantu untuk membuang toksin (perkara no 3) yang membantu kulit cantik anda itu, bebas jerawat.
  5. Cuba sedaya upaya jauhi gula terutamanya gula putih. Setiap bahagian kulit kita dilapisi kolagen. Kolagen yang menyebabkan kulit kita anjal. Bayi atau kanak - kanak mempunyai tahap kolagen yang sangat baik. Anjal dan gebu kan kulit mereka. Malangnya, gula ini jahat bukan sahaja boleh menyebabkan kencing manis, ia memusnahkan kolagen pada kulit anda. Ini akan menyebabkan kulit berkedut. Bagaimana untuk mendapatkan kulit cantik andai kedut di sana sini?


Anda amalkan petua ini, anda bukan sahaja akan dapat kulit cantik dan berseri, malah sihat luar dan dalam.

XOXO.


Continue Reading

7 Punca Jerawat | Alfateh Vitahome

7 Punca Jerawat Timbul


Ketahui 7 punca jerawat timbul bagi membantu anda mencegah ianya berulang. Jerawat dengan wanita bagai isi dengan kuku. Tapi, kaum lelaki tidak terkecuali ya. Kaum wanita lebih sensitif kerana sebiji jerawat boleh menjejaskan penampilan diri.

Anda ingin tahu apakah 7 punca jerawat timbul di kulit wajah anda yang polos itu? Ya, saya akan kupas satu persatu setiap punca yang akan saya senaraikan di bawah.

Pada usia berapakah jerawat mula timbul?
Bagaimanakah keadaan kulit wajah anda pada masa itu yang menjadi punca jerawat timbul?
Bagaimanakah penjagaan kulit wajah anda dan diet pemakanan anda yang menjadi punca jerawat timbul pada kulit wajah anda yang gebu itu?

Baiklah, di sini saya akan huraikan satu - persatu, 7 punca jerawat timbul pada wajah anda yang pasti dapat membantu anda mendapatkan maklumat bagi mencegah ianya berlaku. Jerawat timbul apabila pori tersumbat. Mari kita lihat, apakah faktor - faktor atau punca - punca yang menyebabkan jerawat.

1. HORMON

Perasan tak, biasanya remaja yang baru akil baligh selalunya muka berjerawat teruk. Pada usia ini, berlakunya perubahan hormon disebabkan perubahan umur. Ia berlaku apabila kelenjar sebaceous mengembang, mengeluarkan minyak berlebihan daripada biasa. Ini akan menyebabkan jerawat timbul, apabila pori tersumbat.

2. STRESS


7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


Setiap orang pasti mengalami stress. Stress terlewat bangun pagi. Stress jalan sesak apabila hendak ke pejabat. Stress di tempat kerja apabila kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, ditambah lagi kena marah dengan bos. Setiap orang memang tidak boleh lari dari stress. Apabila stress, badan mula menimbulkan radang. Apabila ini berlaku, hormon adrenalin dan androgen akan keluar berlebihan dan ia menjadi punca jerawat timbul pada kulit anda yang licin bersih.

3. KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Keadaan ini biasanya berlaku kepada remaja. Pada usia begini, mereka masih tidak tahu tentang penjagaan kulit wajah, masih tidak menggunakan apa - apa produk pembersih muka sekiranya tiada kakak atau abang mereka memberi tunjuk ajar. Kulit wajah yang tidak bersih, dicemari habuk kotoran akan menyumbatkan pori.

Selain kebersihan kulit wajah, alat - alat mekap seperti berus, span bedak juga mestilah dalam keadaan sentiasa bersih kerana ia sentiasa menyentuh kulit wajah. Saya pernah ada seorang kawan yang mempunyai kulit yang sangat teruk, kesan parut jerawat dan hasil pemerhatian saya adalah ia mungkin berpunca dari span bedak yang sentiasa dibasahkan sebelum digunakan untuk letak bedak ke kulit wajahnya. Span bedak yang kotor menggalak pembiakan kuman seterusnya menjadi punca jerawat timbul di wajah anda.

4. GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Pemakanan, diet yang tidak seimbang, kurang pengambilan sayur dan buah yang kaya vitamin C, kurang minum air putih, ditambah pula dengan merokok, juga boleh menjadi punca jerawat timbul.

5. PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak menggalakkan penghasilan sebum berlebihan. Sebum adalah minyak yang dirembeskan pada kulit. Kulit yang terlalu berminyak akan menyebabkan pori boleh tersumbat jika tidak dijaga dengan baik dan seterusnya menjadi punca kepada jerawat.

7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


6. MEKAP BERLEBIHAN

Penggunaan mekap yang berlebihan sehingga menyumbatkan liang pori juga adalah salah satu punca jerawat timbul. Pastikan anda memilih produk mekap yang sesuai dengan kulit. Contohnya, jka kulit anda jenis kombinasi (berminyak dan kering), pastikan mekap yang anda gunakan sesuai dengan kulit sebabnya kalau mekap jenis berminyak boleh menyumbatkan pori dan seterusnya menjadi punca jerawat timbul di wajah anda.

7. PENGGUNAAN PRODUK SKINCARE TERLARANG

Produk itu tidak salah. Tetapi yang salah adalah pemilik produk dan pengilangnya kerana terlalu mengejar keuntungan, memasukkan bahan terlarang yang memang akan menjadikan kulit gebu, bersih, mulus dan macam - macam lagi perkataan yang tak mampu dihuraikan. Antara bahan terlarang yang selalu digunakan adalah merkuri dan hidrokuinon. Kulit anda akan cantik bersih licin semasa menggunakan produk ini. Tetapi, setelah anda berhenti menggunakannya dan bertukar menggunakan produk lain, bersiap sedialah. Kulit wajah anda akan menjadi seperti kawah gunung berapi, ibarat larva yang tengah menggelegak menanti masa sebelum meletus. Sakitnya jerawat, buruknya muka masa tu, sukar digambarkan. Hanya mereka yang pernah alaminya sahaja yang memahami.

7 Punca Jerawat Timbul | Alfateh Vitahome


Oleh itu, berhati - hatilah dalam memilih produk. Pilih dengan ilmu, bukannya berdasarkan testimoni yang entah betul atau tidak, atau pun mengikut cadangan pihak penjual yang hanya mengejar keuntungan semata.


Semoga artikel ini menjadi panduan buat anda. Nantikan artikel seterusnya mengenai kesihatan kulit anda.

XOXO.


Continue Reading